29 November 2011

SEJUTA KAWAN :')


hello hello guys ! ha , tengok tajuk entry nie . ' SEJUTA KAWAN ' . apa tu sejuta kawan ? umpama kawan beribu ribu sampai berjuta juta . ha , itu la maksud nya . ' KAWAN BIAR SERIBU MUSUH JANGAN SATU ' . kalau korang nak kekal kan kawan korang yang berjuta juta tu . ha , baca bawah nie .

" Hai , geng . Amacam ? "
"Hei , bila masa aku jadi geng engkau ni ? "
" Amboi , bukan main lagi sombong . "

orang yang jawab macam tu bila ada orang nak kawan dengan dia sebenar nya bermasalah . tak kiralah macam mana bentuk nya . sama ada , " Er , boleh kenal tak ? " atau " Hmmm , boleh berkenalan tak ? " tapi korang balun dia dengan kata kata , "Hmmm , boleh . Boleh blah . " anda ni memang bermasalah .

orang yang tak senang menerima kawan, dia akan dipinggir oleh kawan . ingat , hidup nie tak boleh sorang sorang .tak ada siapa boleh hidup seorang diri . kita nak bina kejayaan dan keterbilangan bila ada ramai oranglah . mana boleh mengaku berjaya sedang kan tak ada persaingan langsung .

yang betul , terima semua orang sebagai kawan , selagi orang tu bersikap macam kawan . tapi sebaik saja dia mula buat hal yang bukan bukan , macam dah mula makan kawan atau sikap sikap yang boleh kita senarai kan dia sebagai tak boleh buat kawan gitu , barulah kita pisah kan dia daripada senarai . 

orang yang ramai kawan , bukti peribadi nya menarik . nak tengok siapa korang , tengok siapa kawan korang . kalau kawan kawan korang semua jahat , jenis suka langgar undang undang , buat bising tak pasal pasal atau melepak tak tentu hala , korang pon macam tu la . tapi kalau kawan kawan korang baik dan membangga kan , selalu nya , korang pon sama .

so , semak semak diri dan semak semak siapa kawan korang . kalau mereka semua boleh dikata kan baik , korang menghampiri kebaikan ataupun memang baik . tapi kalau mereka semua tu setan , korang pon tak kurang . sendiri mahu ingat , ha .