27 June 2012

KOPERASI DAY :)



Assalamualaikum :) Today tersangatlah penat + happy . Banyak gerai di buka . Gerai aku ? Aku mana buka gerai . Kerja aku pergi setiap gerai beli makanan . Haha . Tipulah tu . Pergi gerai pun berapa kerat je . Sebabnya banyak sangat gerai . Poning kepalo :D

Semua budak form 5 cakap this year paling best . Yelah , ada kitorang . Bestlah kan kan ? Haha :D This year korang last kan . Mestilah tahun terakhir akan rasa meriah . Sebab next year korang takkan rasa hari koperasi macam ni lagi . Kitorang pulak next year akan rasa meriah hari koperasi nanti . Sebabnya tahun last kitorang next year :'(


Mereka menghiburkan lagi menggembirakan :)


Alala , sweet gitu kan ? Please jealous sesiapa yang menyayangi saya . Beliau tersangatlah manja dengan saya . Kuikui . Sayang awak Nurul Amieera :*


Walau apa pun terjadi . Kami tetap kawan . Sahabat selamanya . Ya Allah , kekalkanlah persahabatan kami . Amin :)


Senior yang batak lagi gedik . Haha . This year dorang last . Padan muka! Dah tak dapat nak gaduh gaduh dah :P

Sweet memory with them . Ahhh , gonna miss the moment :'( Chill chill . Ada lagi masa setahun untuk habiskan masa dengan mereka :D

22 June 2012

GOOD LUCK TEACHERS :(


Assalamualaikum :)
Andai boleh ku undur masa lalu . Aku ingin sentiasa bersamamu . Kenangan lama membuatkan kita rasa gembira ada kala menangis entah kenapa . Mengapakah masa terlalu pantas berlalu ? Mengapakah ? Semalam adalah hari yang bahagia tapi kenapa hari ni aku sedih . Bestnya setiap saat , minute , jam kita berasa happy . Tapi kenapa sekarang rasa kosong semuanya :(


The best moment with Teacher Shalini :( We hope you enjoy at new school . We always pray for you Teacher . Tiada lagi gosip bersamamu . Lepas ni dengan siapa SAYA NAK CERITA PASAL CRUSH SAYA . Dengan siapa SAYA NAK GADUH GADUH LAGI . Dengan siapa SAYA NAK BERGOSIP LAGI :( Engkaulah IBUKU , GURUKU , KAWANKU . Today , sehari suntuk bersama cikgu . Satu hari ni tersangatlah indah bersama Teacher and Hazirah . Good Luck Teacher . We will miss you :(


Cikgu Fatin :( This teacher sangat banyak pengalaman . Masuk je kelas kitorang ada je benda nak share dengan kitorang . Sampai dia kena kejar Orang Kulit Hitam pun dia share . Sweet enough ? Percayalah! Budak SMK USJ 23 mesti rugi tiada GURU PENDIDIKAN SENI YANG PROFESIANAL lagi . Sebab dia sangat mahir bab bab SENI ni . Tapi nak buat macam mana Cikgu terpaksa dipindahkan . Good Luck Cikgu . I love you :*


Pn. Noraliza :( Tau dia nak pindah pun last minute . Jumpa dia pun last minute lah . Jumpa Cikgu , baru tengok muka dah menangis . Tau tak ? Banyak sangat buat salah dekat Cikgu ni . Yang malas buat kerja dia , AKU! Yang cakap banyak waktu dia , AKU! Yang selalu merayau waktu kelas dia , AKU! Padahal dia bersusah payah ajar aku jadi ORANG YANG BERJAYA . Kejamnya kau SABRINA . Maafkan saya Cikgu :( Semoga berjaya Di Dunia dan Di Akhirat .

21 June 2012

PERSAHABATAN YANG INDAH ♥


Persahabatan itu Anugerah .
Persahabatan itu Persaudaraan sesama Insan .
Terima Kasih Allah :)

Sahabat ...
Kau adalah Teman Istimewa bagiku ,
Yang selalu menemaniku ,
Di saat aku sedih , sakit dan senang ,
Aku tak ingin berpisah darimu ,
Walaupun itu hanya satu detik .

Sahabat ...
Jika aku menyakiti hatimu ,
Bukan niatku menyakitimu ,
Bukan niatku melukakanmu ,
Aku mohon maafkanku .

Sahabat ...
Terima kasih atas segala nasihatmu ,
Terima kasih atas sikap keprihatinanmu ,
Terima kasih kerana memahamiku ,
Terima kasih sentiasa berada di sisiku ,
Terima kasih Sahabatku ,
Aku menghargainya .

Kawan sejati ambil berat macam seorang Ibu ,
Marah macam seorang Ayah ,
Bergurau macam adik beradik ,
Menyayangi lebih daripada seorang kekasih .


I Love You Friends :*

17 June 2012

HAPPY FATHER'S DAY ♥


Ayah ...
Engkau semangatku
Engkau sumber inspirasiku
Engkau kekuatanku
Engkau segala galanya bagiku

Tiap saat aku menhitung kerinduan terhadapmu
Hinggalah sekarang baru aku tersedar
Ia sudah melimpah ruah

Kerana ayah aku di sini
Kerana ayah aku gembira
Kerana ayah ku terasa bahagia
Ayah oh Ayah

Ayah ...
Semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
Semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
Semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang Raja

Ayah ...
Ketika aku mengalah
Engkau semangatku
Ketika aku sakit
Engkau penawarku
Ketika aku bersedih
Engkau air mataku
Ketika aku ketawa
Engkau riangku
Dan ketika engkau berduka ?
Aku harap akulah penawar duka laramu

Tiap saat hanya engkau yang kurindui bersama ibu
Saaayang Ayaaah , Saaayang Ibuuu juga :*



7 June 2012

WITH GIRLS :*


Assalamualaikum :) Hari ni berapa hari bulan ? Ha , 7/6 kan ? Hari ni kita pergi hang out dengan member kelas kita . Werks :P Gila gedik ayat . Haha . Best weh hari ni . Best sangat . Walaupun Azie and Sab tak dapat pergi . Adanya Fat , Naza , Mai and Nurin sudah cukup sudah . Haha . Sudah cukup menghiburkan hati aku yang berduka lara ni . Cehwah :D


Pukul 1 lebih macam tu baru pergi . Yelah nak tunggu orang tu habis kawadkan . Haha :D Dalam bas boleh pulak terserempak dengan Amirul . Sampai sampai IOI apa lagi makanlah . Aku tau Naza paling lapar gila weh . Dah lah penat kan . Teman Naza makan . Alang alang join sekali .


Lepas makan apa lagi wayang time . Bohsia Dua . Serious best weh cerita dia . Gempak gila . Haha . *promote . Dalam wayang tu kan adalah sorang mamat ni gila seks pun ada , sakai lagi sepenuhnya dekat kau . Dia kacau Fat . Dah ada awek buatlah cara ada awek . Memekak je dalam wayang . Aku tak kisah sangat . Sebab bukan dia kacau aku . Tapi kesian Fat .


Lepas tengok wayang apa lagi snap sana snap sini . Budak HOT katakan . Haha :D Penat dekat IOI apa lagi lepak MCD kejap . Hari ni ada je orang dok ngacau ngacau kitorang . Sellekeh -.- Abang Mcd tu lagilah . Okay pak cik kot bukan abang . Haha :D Dah lah banyak jerawat . Tayang tayang phone . Ingat macho lah macam tu ha ? -..-


Balik abang Fat hantarkan . Kuikui :D Nampak Cik Ani depan pintu . Then , dia cakap kan kan ' Aik , Ina dah kuruslah . Diet ke ? ' Woah , ramai dah weh orang cakap aku kurus . Haha :D Aku rasa badan aku makin membesar dan membesar adalah . Tapi kalau orang cakap aku dah kurus okaylah . Yes! Haha :D Okay , bye guys :*

2 June 2012

SUNWAY LAGOON :)


Assalamualaikum :) Korang sehat ? Heee . Kita terlebih sehat ni ha :P Hari ni kan kita happy sangat . Happy sangat . Sunway Lagoon one day! Yeappy yeappy . Tapi kan gambar semua dekat kamera and tak boleh nak masukkan dekat laptop :/ Sedih je nie ha . Buang masa je tangkap gambar guna kamera . Hish , nyampah lah!


7.30 dah bersiap siap nak pergi sana . Awalkan ? Yelah , breakfast semua dekat sana . Ada lucky draw semua . Lagi pun Sunway bukak kan pukul 10.30 . Ayah dapat lucky draw , voucher KFC RM 20 je . Ada yang dapat Samsung Galaxy tab . Tv entah berapa inci tah . Gila jealous doh .

Makanan yang dia sediakan serious banyak pelik pelik oh . Banyak masakan Cina . Tapi kan semua sedap gilo nak mati . Hampir penuh satu meja . Kakak lah paling banyak ambik . Melantak je semua . Kebulur sangat nak makan . Haha . Then , apalagi mandi lah .

Masuk je Sunway Lagoon , perkara pertama kitorang main Tomahawlk . Serious weh . Aku duduk dekat dalam tu tutup mata je . Terbalik habis . Takut doh . Lagi takut Tomahawlk daripada Roller Coaster . Serious weh!

Then , dah habis main semua adventure apa lagi mandilah . Haha :D Ganas ganas aku pun aku tak berani jalan sorang sorang dekat Sunway Lagoon ni . Nak pergi tandas ajak kakak aku , nak mandi ajak adik aku . Haha :D Mandi dekat air Sunway tulah . Apalah korang ni! Pikir bukan bukan je :P

Tengah tengah mandi tu nampak ada orang tu buat Bungy . Weh , serious weh naik jambatan bergantung tu pun aku dah rasa gayat gila nak mati! Lagi nak buat Bungy . Grrrrr! Boleh bayangkan aku tengah terhuyung hayang dekat tali tu . Buatnya jatuh . Lagi lagilah gila :D Then , ada satu group tu kan handsome gilo . Haha :D Okay okay . Sampai sini saja . Bye guys :*

1 June 2012

JUNE COMING :)


Assalamualaikum :) Sehat tak you guys ? Aku ? Sehat selamanya :) Kihkih . Jun mari mari! Haha :D Sekejapnya masa berlalu . Tau tau dah masuk Jun . Padahal last week baru happy happy dengan member dalam bulan Mei . Tup tup Jun sudeh . Alhamdullilah , aku masih hidup di muka bumi ini lagi di dalam bulan Jun . Terima Kasih Ya Allah :)

Ni nak cerita something ni . Besok kita kahwin . Eh eh , silap! Besok kita tunang! Eh eh silap lagi . Besok kita pergi Sunway Lagoon Lagoon . Horeeeyyyy! Mesti korang akan cakap ' batak gila budak ni ? ' Kan kan ? Hehe . Suka hatilah kita nak cakap apa pun . Blog kita . Bukan blog awak pung . Werkssss :P


She is Nur Fatihah a.k.a Kiah Choki Choki :D Ni semalam lah ni . Skype dengan Leto lembab gila line . Dengan dia terus laju . Haha :D Comel dok dia ? Dia perasan doh . Dekat semua orang dia cakap dia comel . Tu gambar ke empat tu tak senonoh gila . Dia selalu ajar kita buat hidung macam tu . LOL :P Cakap nak ambik gambar tak ? Terus dia pakai tudung buat muka comel . Menyampah gila! :D


Okay , ni apahal pulak ni ? :O Hoho . Tengok yang dikotak hitam tu betul betul . Perh , serius tersentuh hati den ni ha . Haha . Boleh pulak dia tulis Capital Sabrina Amran . Macam lesbion pulak . Macam macam Si Naza :D Btw , sayang dia gila oh . Sayang sangat . For five years kitorang kawan till now . Hope kekal sampai bila bila . Amin :) * But , alangkah indahnya kalau pakwe aku yang buat kurungan macam tu . Awwww , lagi terharu >.<

Okay , itu sahaja untuk cerita hari ini . Salam Jumaat . Bye May , I will miss you . Hello June , please nice to me :) Bye guys :*