25 May 2012

HOLIDAY


Assalamualaikum :) Hep hep , horey . Percaya tak cuti dah mula start ? Kui kui . Mesti semua tahu kan . Saja nak acah . Mana tau ada yang lupa . Last day enjoy with friends before holiday . Ermmm :/ Mesti sunyi tak boleh bergosip dengan budak I.N.S.A.F cuti sekolah ni . Dua minggu je Sabrina . Sabar itu kan separuh daripada iman . Terlebih cakap pulak . Okay okay .

Teacher's Day today . Erm , not bad . I am proud to see Indian dance perfomed by Ammelia and Amirah . Bukan senang nak tengok orang menari Indian dekat sekolah tu . Good joob girl :) Rolling In The Deep by Farah and Eyka , awesome gila . Terpegun , terpaku , ternganga tengok part Farah tarik tu :O Cayalah Far :D

Geng geng Alep pun not bad . But , bunyi guitar dorang lebih kuat daripada Si Azhar tu nyanyi . Memang tak berapa jelaslah Azhar tu nyanyi kan . Same with Adie geng . Aku tabik habis dekat Tajul . Dia main drum superb gila . Macam orang profesional weh! HAHA :D Erm , yang lain lain tu . Boleh lah .


Last Day with Ustazah Hamidah :( Since Form 1 till now dia ajar kitorang . Best okay . Best sangat . Dia bagi ucapan pendek tadi pun dah rasa macam nak nangis . Rileks Sabrina rileks . Butir butir jernih dah bertakung je dekat mata tu . Nasib baik boleh tahan . Apa muka Tomboi nangis nangis kan . Haha . Touch gila okay :(

Balik sekolah je , lepak lepak kejap . Siap siap pergi airport . Buat apa ? Korang rasa ? Aku nak pergi menyendiri dekat England . Korang tau sebab apa ? Sebab aku tengah frust tak dapat ikut Mak Cik aku pergi umrah :( Haha . Tu motifnya aku pergi airport . Adoi , korang ni :D

Rasa rasanya sampai sini saja kot . Aku tak sabar nak pergi Sunway sabtu ni . Yeppppiii! Siapa siapa yang rasa rindu aku tu . Datanglah sana . ( perasan kejap ) Oh friends , I will miss you . Geng I.N.S.A.F jangan lupa calling calling aku ye kalau dah settle problem . Choyy , menyempat lagi . HAHA :D Bye guys :*

22 May 2012

BYE EXAM :P



Assalamualaikum :) Today is Tuesday . I and My Friends Freedom . Yeah yeah! Akhirnya habis jugak exam . Yuhuuuuuuu! Last paper tadi nikmat gila aku tidor sampai mimpi mimpi lagi . Otak dok pikir CUTI CUTI CUTI dah je . Nasib baik paper last tadi cepat jawab . Kalau tak tidor keluar air basi baru nak menjawab :D

Ekonomi Asas tadi erm blah blah blah . Malas dah nak pikir . Tunggu markah je :D Nak kata senang tu erm . Nak kata susah tu erm . Erm boleh lah . I HATE EXAM . #reality :D Rasanya dah boleh baling nota nota kecil yang dalam poket tu dah . HAHA :D Lagi dua bulan salin balik ye . Baru habis exam Mid-Year je pun -.- SPM belum lagi bro .

Exam dah habis kira aku dah tak boleh nak happy happy duduk sebelah Qamarul and Ewanie lagi lah . Erm , so bad :/ It's okay . Still satu class right ? Tapi rasanya time exam je baru nak bertegor sapa dengan dorang . Kalau tak , kau hal kau aku hal aku . Kerek gila . HAHAHA :D

Okay , cuti nanti macam dah penuh jadual nak pergi sana sini . Yang kawan tu ajak pergi mandi , yang kawan tu pulak ajak pergi dating . HAHA :D Macam aku ni anak Dato Datin je senang senang nak keluar :D Duit mana ma . Kalaulah ada bank sendiri :O

Tapi kan kan kan aku nak kerjaaaaaaaaaaa! Zatie dah tolong aku carikan kerja . Serious aku teringin nak hidup berdikari . Ayah pun dah bagi restu . Ibu je macam tak bagi . Erm , tak pelah nanti cuba lagi mintak restu ibu . Harap harap boleh . Boleh ye ibu ? Boleh lah :D


See , betapa happynya aku dah Freedom :D DI SEBALIK SENYUMAN ITU ADA KEDUKAAN . To Mastura Mansor : Good Luck to MSSS SELANGOR . Jaga kesihatan tu . Happy happy jugak sudah terpilih tapi jangan suka sangat . Tangan akak tu . Erm , sama tarikh kan dengan hari akak pergi tu . It's okay . Asal pandai jaga diri . Okaylah tu . Harap akak berjaya . Chaiyok Keding :P


18 May 2012

HAPPY FRIDAY ♥


Assalamualaikum :) Korang sehat ? Lama tak update kan . Mesti korang rindu kan kan ? :P Bercakap jujur lebih baik . Hari ni tersangat penat + happy . Geram pun ada sikit . Yang penting photoshoot dekat dalam kelas tadi Awesome gila beb . I like it . The best moment in this year ♥


Hari ni sepatutnya nak buat video untuk hari guru . Sebab tulah adanya Photoshoot tadi . But ramai yang tak datang kan . And dorang semua macam malas and tak sporting langsung . So , snap sana sini je lah gambar kitorang . Budak lelaki berapa orang je yang datang and dorang semua tak nak kerjasama . Tak sportinglah korang :D


This is Teacher Shalini . Dia adalah kawan and dia adalah guru . I love her so much ♥ But , cikgu ni kadang kadang menyakitkan hati . Sungguh kadang kadang geram gila bila cakap dengan cikgu ni . Cikgu suka cari pasal oh . But kadang kadang dia The Best Mama . Selalu ada time aku senang time aku susah . Segala masalah aku kongsi bersam dengan dia . And semua pasal aku dia tau .


I love My Babuns so much . Kegilaan mereka , kegembiraan aku . Sejujurnya aku dah mula sayang dorang . And tak nak tinggalkan dorang walaupun dalam keadaan susah dan senang . Even baru lima bulan dengan dorang . Dorang sangat happening . This is My New Siblings .


This is Abu Bakar . My New Buddies . Dia putih gila nok . Macam Izwan . But Izwan tu keding sangat . Haha :D Ramai orang cakap dia comel . Okay , dia comel . Sekali korang tengok senyuman dia . Phewiitttt . Haha :D

9 May 2012

MEET SENIOR :)


Assalamualaikum :) Saya Alhamdullilah sehat . Korang korang ? Sehat tak ? Alah , pergilah makan ubat dah tau sakit tu . Lah , nak kena suap kan ke ? Meh la sini . Haha :D Tadi exam agama kan gilo senaaaaang . Paper 2 . Haha :D Paper 1 mak ai senang plus plus deh -..- Pecah otak gue menjawabnya :D


Okay , semalam kan jumpa senior senior berok tu . Haha :D Siapa siapa ? Nadia , Fatin Aina and Nabilah Hidayat . Awesome gilo . Ha , si monyet dua ekor tu pun ado . Mieero and Miooo . Sangat kepenatan deh semalam . Balik sekolah terus pergi Summit . Terbaik gilo . * Fatin Aina bawak kereta laju . Haha :D


Okay , pergi Summit semalam pakai baju sekolahnya . Sangat cool :D First time pulak . Then , semua tengok . Taulah kitorang ni comel macam artis . So , tak payah pandang pandang sangatlah kan . Macam nak kaki kitorang je -_- Then then , pergi KFC kan . Ada sorang mamat tu hensom gilo . Gilo gilo . Muka dia macam Korea . Awwwww , so sweeet . Haha . Dah dah , okay :D


Dah jalan jalan satu Summit tu . Apa lagi karoake jom ? Haha :D Suara Nabilah Hidayat , Mieera , Nadia , Mia and Fatin Aina . Mantap deh . Mengalahkan artis . Sekali dorang tarik . Fuuhhhhh , awesome gila beb . Aku ? Aku punya suara macam katak dol . Tak payah dengar . Nyanyi lagu Tercipta Untukku baru aku masuk line sikit . Favurite song gua tu deh . Then , teringatlah Dia . Okay , stop :(


Balik Summit pergi rumah Miera lepak lepak jap . Minum kopi jap . Photography lah jap . Haha :D Tau tak kitorang balik pukul berapa ? Pukul 6 beb . Padahal tak buat apa pun dekat Summit tu Jalan sana jalan sini . Chak , dah pukul 6 . Sekejap gila deh . Erm , gambar dengan Nabilah Hidayat and Nadia pun tak de deh . Okay , tu je . Bye :*

8 May 2012

FAT FAT HAPPY BIRTHDAY ♥


Assalamualaikum :) You guys sehat ? Aku Alhamdullilah sehat . Busy dah memanjang . Exam weh exam . Tiga minggu pulak tu . Dah start 7/5 hari tu . Hari Isnin BM . Okay , aku harapkan kertas 2 je paper BM ni . Kertas 1 aku . Hmmmmmm :/ Tadi lagi lah sejarah . Hmmmmmm:/ Kertas 2 dah merapu rapu aku buat . Harapkan kertas 1 je . Tu pun belum tentu banyak betul . I HATE HISTORY:/

Okay , hari ni kan birthday Fattttttttt . Mula mula nak kenakan dia dekat sekolah . Tapi kan exam . So bad :/ Tapi tak pe . Petang tu Faris ajak lah kitorang lepak McD . Tengah exam ni kitorang . Gambel tak ? Haha :D Konon dorang cakap nak study group . Dah jumpa dekat McD , makan makan memang tak lah nak study group groupnya kan :D


Tunggu Naza dekat rumah Acap macam tunggu bas awam -.- Nurin dengan Dinny dah panas dah duduk luar rumah Acap tu . Then , Naza sampai pergi rumah Si Ikram sakai tu pulak . Mamat tu memang nak kena sekeh hari ni . Sembang kata nak datang McD bawa Acap . Wan datang jalan kaki pergi McD , gambel je :D

Then , kitorang plan baik punya . Aku , Nurin , Acap and Dinny plan kenakan Si Fat tu dekat McD . McD tak McD lah . janji kena Si Fat tu . Aku dengan Naza pergi beli tepung dekat shell . Belikan sekali dia punya Toblerone . Ajak Fat lepak belakang McD . Naza datang terus tepek tepung dekat muka Fat . Terbaikkkkkkk ~


Imron dengan Naim budak paling batak konon nak kena kan Si Fat tu . Dorang paling tak sabar . Fat baru kena tepek tepung separuh muka . Dorang dah cabut naik motor . Tak sporting langsung -.- Yang Si Wan , Acap , Nahar and Acap dah lari dah . Aku Fat dah kenakan awal awal . Cibai je . Padahal birthday dia .

Fat and Naza sorok sorokkan tepung tu . Last last Si Budak Pengecut empat orang tu kena jugak . Qaba , Naza tepek tepung dekat muka dia . Tabik kau Naza . Haha :D Naza pun kena jugak akhirnya . Time Fat baling tepung dekat Si Acap tu , Acap cakap ' nasib baik burger aku tak kena ' . Haha :D Bengong gila Acap ni oh .

Okay , tamat cerita . Haha . Sampai sini saja karangan BM saya pada hari ini . Besok karangan BI , doakan saya ye . Terima kasih :) Wait ,birthday Alep . I want to say , Happy Birthday Alep Busuk . Good luck fo SPM :)

3 May 2012

4 DELTA ♥


Assalamualaikum :) Alhamdullilah , aku sehat hari ni . Korang macam mana ? Harap , sehat waalfiat . Erm , yang demam ke sakit lain ke cepat cepatlah sembuh ye . Semalam hujan sehari suntuk . Ramai yang demam . Kesian mereka .


Okay , hari ni nak cerita pasal My New Classmate . Tadi kan gambar dah keluar semua berebut nak ambik . Macam budak budak je . LOL :D Sejujurnya , aku happy sangat sangat dengan korang weh . Even , baru empat bulan kita kenal . Hope persahabatan kita kekal sampai ke akhir hayat . Amin :)

Aku harap next year still satu kelas dengan korang lagi . Hopefully . Hari hari aku sentiasa gembira adanya korang dekat sisi aku . Sebab tu aku suka pergi sekolah . Kih kih :D Dapat kenal and kawan dengan korang cukup sempurna hidup aku . But , kawan lama still dalam ingatan . TAK KAN PERNAH LUPA . NEVER !


Yeah , inilah orang orang baru yang dah menceriakan hari hari aku . Comel dan hensem kan mereka ? Kawan kawan aku semua comel comel , hensem hensem belaka . Aku dah lama tahu :D Aku dah mula sayang dorang semenjak hari pertama sekolah lagi . And masa tu aku harap dorang akan selalu menghiburkan hati aku . Now , dah terbukti dorang sangat menghiburkan .

Lagi setahun je then aku akan masuk alam universiti . Pasti akan rindu saat saat belajar dengan dorang dalam satu kelas , makan dengan dorang dekat kantin , gelak ketawa dengan mereka . Oh , nooo . Jangan cepat sangat masa berlalu ye . Pleaasseeee ! I LOVE THEM SO MUCH

2 May 2012

HAI MAY :)


Assalamualaikum . Korang sehat ? Aku Alhamdullilah sehat . Teramat busy sekarang . Faham faham je lah budak sekolah . Homework berlambak . May oh May . Sekejap je kan masa berlalu . Hari ni dah masuk 2 May . Pantas sangat . April , good bye . I will miss you .

Birthday Party
8/5 : Birthday Fat a.k.a Kiah Choki Choki . Kalau boleh nak buat party macam last year . Tapi dia cakap ramai tak de pergi PLKN . Pordah . Tak pe tunggu kau nanti Fat . Tepung or telur akan sampai dekat muka kau . Wait and see :P
17/5 : Birthday adik kesayangan aku tu . Nak bagi apa ye dekat dia ? Dengar cerita ibu nak belikan dia PSP . Untunglah adik aku sorang tu . Jealous much dengan dia kalau ibu betul betul belikan dia PSP . Jawabnya tiap tiap hari dia main game je lah kan :D
30 / 5 : Ni lagi sorang . Si budak tinggi a.k.a Wan . Budak ni suka sembang . Birthday dia nanti ajak pergi Sunway tapi dia nak jalan dengan awek dia . Of course lah 24/7 dengan awek dia je kan ? Tak pe kau tetap kena dengan kitorang . Tunggu ye :D

Exam Exam
7/5 : Exam awokkkkkkk . Sungguh menakutkan . Penggal pertama punya result pun dah macam @$%#@#% . Hopefully , exam pertengahan tahun nanti tak macam penggal pertama . Format semua nak baru je . Memang susah lah nak ingat format . Tambah tambah lagi tiga mata pelajaran elektif tu .
Perh , ni yang tak sanggup ni . Kan best setahun sekali je exam . Aku suka belajar tapi tak suka exam . Faham kan ? Dari form 1 sampailah form 4 ni ha , Sejarah susah sangat nak masuk dekat kepala aku . Wahai Sejarah , tolonglah aku . Jangan lah bagi pening je kepala aku :P
Perdagangan , Ekonomi Asas . Jangan peningkan kepala kita jugak eh . Biarlah Sejarah sorang . Tolonglah , kesian dekat saya . Pleaseeee ! Saya bukan robot or computer boleh save semua subjek dalam kepala saya . Tapi insyaAllah saya boleh buat . Guys , wish me luck okay :)

Holiday
Okay , ni paling tak sabar . Lepas exam je terus holiday . Cantikkkk ! Plan baik punya cuti nanti . Aku nak meet kawan time sekolah rendah . Lama gila tak jumpa dorang . Serious , rindu gila gila gila . Ha , gila lah dengan dorang . Mesti semua lagi handsome and lagi lawa . Macam aku . Kui kui :D
Then , nak pergi Wet World . Dah lama tak mandi wok . Hopefully , dapat pergi . Dengan kawan kawan tu yang best tu . Bukan senang dapat keluar dengan kawan kawan . The best Buddies yang ajak . Maklumlah semua stock main duit kutu . Dapat duit , Horreeyy Horreeyyy lah . Haha :D