31 December 2011

HYE 2012 , BYE 2011 :')


Assalamualaikum :) Hari nie stock cerita pasal 2012 je kan . FB , twitter , blog semua benda yang sama . Okay , esok da masuk 1/1/2012 . Ya Allah , cepatnya masa berlalu . Banyak sangat kenangan sepanjang tahun nie . Yeah , banyak sangat . Yang manis ingat sampai bila bila , yang pahit buang jauh jauh . And aku nak sangat masuk VOKASIONAL ! Harap dapat , AMIN :)

Tiga MUSYTARI . Yeah , aku akan menangis setiap kali dengar perkataan nie . Even , 11 bulan je kita kenal . Semuanya manis manis kan ? Paling aku akan rindu korang panggil aku dengan macam macam gelaran . TAIKO BESAR ! Yang nie paling aku rindu nak dengar . Sampai mesej mesej pon korang selit kan jugak gelaran tu . TESHI , AZIE , NAZA korang yang bagi gelaran nie dekat aku kan . Okay , aku akan ingat sampai bila bila . GONDOROWO ! Bak kata AFIRA maksudnya HANTU . Tak tau pulak aku . Gelaran nie aku akan ingat sampai bila bila . Sebab dia sorang je yang gelarkan aku macam tu . AFIRA , bila aku tau kau dah ada dekat BRUNEI . Aku teros nangis . Walaupun kita tak rapat . Tapi kau selalu ada dekat sisi aku . Saat aku gaduh dengan kawan kawan aku . Kau selalu ada teman aku . Ya Allah AFIRA , aku pasti rindu nak pinjam jam G-SHOCK PUTIH kau tu . Hik hik .

BOB ! Yang nie pon aku suka jugak . Hanya MUZAMMEL dengan AMIRUL je yang gelar kan aku macam nie . Semata mata nak pinjam jam aku MUZAMMEL sanggup gelar kan aku macam tu . Okay , aku nie sempoi . Tak de sikit pon rasa marah . TAIKO katakan . Haha . BOBBY ! Yang nie sweet . AFZAL je yang panggil aku macam nie . Tahun depan mesti tak dapat dengar dia panggil aku macam nie dah . Aku rindu dengan semua gelaran yang korang bagi dekat aku . Rindu sangat okay !

VAN SARDIN ! Haha . Actually , tak sardin mana pon . Disebabkan van tu merah and di sumbat sumbatkan dengan kanak kanak RIBENA tu yang jadi SARDIN tu . * Yeah , termasuk aku . Okay , aku rindu saat PHOTOSHOOT bersama MIEERA , NATASHA , SUHADA , KHAIRUN , HIDAYAH and FATIHAH dekat BUS STOP SEKOLAH . * Dekat BUS STOP pon boleh -.- Okay , budak van tu tersangat la HAPPENING . Tak macam van yang aku naik dua tahun lepas -_-

Dapat kenal dengan budak 5 SASTERA 5 . Okay , nie lawak . Rindu saat saat kena kan dorang minggu terakhir sekolah . Yeah , kitorang memang jahat . Dapat kenal pulak dengan ASIP , AMLI , PIJOL , MIKOK , AJIEB , AYAM and EJAL sangat seronok . Tahun pertama kitorang rasa ada SENIOR and tahun pertama jugak kitorang buli SENIOR kitorang . Padan muka 5 SASTERA 5 ! Sorry guys , just it's funny . And kalau korang nak tahu ada sorang budak nangis sebab tahun depan korang da tak de . * Yang penting bukan aku erk -.-

NADIA NABILA , FATIN AINA , NUR ZAFIERAH . Senior yang paling aku sayang . First time aku dapat kasih sayang dari orang bergelar SENIOR . Well , aku nie manja sikit . Bila dorang da tak da tahun depan muka siapa lagi yang aku nak usyar setiap kali dorang lalu tepi kelas aku . Yeah , muka siapa lagi ? Aku rindu saat saat aku menangis dengan KAK NADIA last day sekolah . Okay , aku nie sangat sensitive . 11 bulan dapat kenal dengan SENIOR tiga orang nie sangat seronok . Tak tipu okay . Happy sangat . 

See see , banyak lagi sebenarnya . Nie yang paling aku ingat sampai ke hari nie . Banyak weh banyak sangat kenangan sepanjang tahun nie . Aku happy weh . Happy sangat . Aku pasti akan merindui TAHUN 2011 . Yeah , aku pasti ! And azam baru aku untuk TAHUN 2012 , nak JADI ANAK YANG SOLEHAH . CUKUP SOLAT LIMA WAKTU . NAK JADI YANG LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN NIE . AMIN ! Semoga menjadi kenyataan . Doakan aku ye kawan kawan yang ku sayangi :)


30 December 2011

MAHARAJA LAWAK MEGA


Assalamualaikum :) Okay , nie cerita malam tadi tapi sebab da ngantok sangat update pagi ni . Satu family tengok MAHARAJA LAWAK MEGA depan tv . Selain happy tengor peserta buat lawak , aku jugak happy dapat tengok ayah gelak . Bukan senang nak tengok ayah gelak . Bila da kumpul satu keluarga tengok cerita sama sama . Best sangat . Awan je tak da :(


Okay , korang pon da tau kan siapa menang ? OSSSSBBBBOOOOOOOONNNNNN ! Pelawak senior . Aku memang da agak lama yang dorang akan menang . Cehhwaahh . Baru tengok berapa minggu . Da boleh agak lama lama . Al maklum la aku ni jarang tengok tv . Back to story , aku suka ABON buat lawak . Tak habis habis dia kena kan si OS tu . Balik balik gigi jongang balik balik gigi jongang . Kesian aku tengok si OS tu . Dorang tiap tiap minggu kot dapat undian terbanyak . Okay , congratulations , OSBON !


Ha , nie pulak BOOOOBBBBBOOOOOOIIII ! Okay , sebenarnya aku minat kumpulan nie . Tapi dorang tak menang pulak . Tak pe la . Janji buat lawak kan . Alaaa , tomey tomey . HARUN SALIM BACHIK best sikit la daripada AFDLIN . Suke tengok HARUN pakai tudung macam NAJWA LATIF . Sweet pulak . Then , dia pakai baju ballet tu . Okay , tu lawak . Sangat lawak .


Nie siapa pulak ? Heeee . Nie juri jemputan je pong . Dia hensem weehh . Ya Allah , teringin nak jumpa dia . Dia senyum , gelak mak ai cair doh . Serious , hensem gila babun . Nak pakwe macam dia boleh tak ? Hik hik . Dalam ombak rindu , awww awww dia sweet gila . Romantic bangat . Nak pakwe macam ni . Nak nak ! Okay , gedik pulak nie pehal . Nak cerita tu je . Okay , bye :')

29 December 2011

UCAP TERIMA KASIH PADA MUSUH


Assalamualaikum :) Okay , hari nie nak bagi tips sikit . Orang da rajin kan . Hik hik . Sudi sudi la baca .

" Adoi , aku tak tahan betollah dengan dia tu . Entah apa lagi yang tak kena pada dia . Habis aku dihentamnya ! 

Pernah dengar orang mengeluh macam tu ? Atau korang sendiri yang kerap mengeluh macam tu ? Diam aje . Kalau diam tu , maknanya pernah la tu .

Jangan marah sangat . Sebenarnya lagi banyak musuh kita , lagi power kita jadinya . Mana tidaknya . Bila dia tu memusuhi kita , tentu dia kata kita macam macam , kan ? Ha , ini peluang kita nak tunjukkan kita tak seperti yang dia kata tu . Kalau dia kata kita ni bodoh , ini peluang untuk buktikan yang kita ni tak bodoh . Jom ambil SPM , jom masuk kolej . Tiga tahun kemudian , orang yang dok mengata kita tu masih dekat situ . Tapi kita pulak dah jadi orang bekerjaya .

Cuba kalau dia tak kata kita bodoh dulu . Kita pun mungkin tak teruja nak buktikan sesuatu . Jadilah kita sama macam dia , berkubang parit dan main parit .

Ha , ucaplah terima kasih pada dia . Kalau korang jumpa dia sekarang ketika korang dah jadi orang besar , tentu terkulat kulat dan terkebil kebil matanya macam percaya tak percaya .

Dengar ni , orang yang bijak , dia mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri . Kalau kita tak ada musuh , selalunya kita tak teruja untuk buktikan sesuatu . Hujung hujung rupa rupa nya kita masih berada di tempat yang sama macam dia juga .

Ini ingatan sekadar kalau ada musuh . Kalau tak ada musuh , jangan cari musuh pulak . Ini kalau dapat dan apa nak buat ? Inilah jawapannya .


27 December 2011

KURSUS IPAC


Assalamualiakum . Korang sihat ? Mesti la sihat sihat kan . Alhamdullilah . Okay , dua hari aku menghilang diri sebab aku ade kursus . Kursus ape ? Kursus IPAC . Apa itu IPAC ? IPAC itu maksudnya IBU BAPA PRIHATIN ANAK CEMERLANG . Okay , aku berterima kasih sangat dekat ibu kerana menghantar aku ke tempat ni . Banyak benda baru yang aku belajar dekat sana . 


Ha , ini dia kursus IPAC tu . Ramai yang tak tau kan . Okay , ni pon ibu aku yang letak nama aku . Ha , tengok penceramah dua orang tu . DR HJ TENGKU ASMADI dan DATO FADZILLAH KAMSAH . Penceramah / kaunselor terbaik , pelawak , memberi kan motivasi yang sangat bernas . Ha , lagi sorang tu siapa tak kenal kan , FAHRIN AHMAD . Okay , dia hensem sangat serious tak tipu . Muka dia bersih gila . Bak kata dia ' GUNA LAH GARNIER MEN ' . Haha .

Dua hari bagi aku tak cukup . Pagi tadi pon rasa nak bangun awal nak pergi tempat nie balik . Aku dapat kawan baru , ilmu baru . Segala galanya baru dekat sana . Best sangat sangat . Balik je dari sana aku rasa perubahan dalam diri aku . Yeah , aku da jadi seorang yang rajin sekarang . Cehhh . Haha . Sikit la . Sekurang kurangnya da berubah kan . Bak kata DATO FADZILLAH KAMSAH , orang tak berubah dalam masa dua hari orang tu ialah orang yang gagal . Aku tak nakkan KEGAGALAN tapi nakkan KEJAYAAN .

Semalam hari terakhir aku bersama MODIRATOR  IPAC , STAF  IPAC , KAWAN IPAC . Orang nya semua baik baik . Yeah , terima kasih kepada WANI and FARAH ADEENA kerana sudi berkawan dengan saya selama dua hari saya di kursus IPAC ni . Terima kasih jugak kepada semua yang sudi bertegur sapa dengan saya . Tak lupa jugak kepada DR HJ TENGKU ASMADI , DATO FADZILLAH KAMSAH , FAHRIN AHMAD . Banyak ilmu yang saya pelajari dari MODIRATOR TERHEBAT ni . 


Yeah , saya peserta IPAC . Alhamdullilah , saya NUR SABRINA BINTI AMRAN telah menamatkan seminar IPAC dengan sempurna dan lancar . Ya Allah , kau ampunilah segala dosa ku , dosa kedua ibu bapa ku , dosa guru guru ku , dosa kawan kawan ku dan segala dosa semua orang di dunia ini . Kau berikanlah mereka kejayan di dunia mahupun di akhirat . Kau limpahkanlah rezeki kepada kami Ya Allah . Jauhkanlah kami dari segala penyakit, bala bencana dan dari azab api neraka . Jadikanlah kami seorang yang berjaya . AMIN AMIN YA ALLAH .


23 December 2011

ALWAYS LOVE THEM :*

Assalamualaikum . Today , kita nak cerita pasal kawan sekolah rendah kita . * Okay , asal gedik sangat nie -.- Heee . Bila dapat call dari korang serious nak menangis pon ada . Wehhh , korang aku rindu korang tau tak . Reunion , bila nak buat ? Konon sembang korang lepas PMR . Perh , tunggu aku tau . Tak jugak jugak reunion nye . Okay , then aku sarankan lepas SPM . Amacam , boleh dok ? Mesti semua muka da lain kan . And mesti ada yang da lupe kawan . Betul tak ? Tapi aku harap korang tak macam tu . Da tige tahun kita tak jumpa pon . Korang masih calling lagi aku . Okay , korang memang kawan yang sangat baik .

Aku tau korang semua call aku pon sebab nak tanya aku punye result je kan ? Aku paham . Kita sama sama belajar dulu kan . Tak kan korang tak nak tau aku punye result kan . Okay , dengar lagu blog aku tu baik baik . MASA LALU by ZIZAN . Lagu tu buat aku kenang semua kenangan kita dari darjah 1 sampai la darjah 6 . Even sekejap pon kita kenal tapi aku suka sangat kawan dengan korang . 6 tahun bagi aku sekejap wehh . Pejam celik pejam celik kita sekarang da form 3 , nak masuk form 4 da pon . Sangat pantas masa berlalu wehh .


Ha , nie gambar kita kelas 6 IMAM MUSLIM . Aku rindu dengan korang wehhh . Sorry gambar tu da conteng conteng sikit . Heee . Nama korang pon . Aku tulis sebab aku tak nak lupe nama korang . Aku rindu saat kita ambil UPSR . Yeah , semua excited gila kan nak exam . Padahal tak pernah belajar pon kita semua nie . Kita semua satu kepala . Yeah , aku rindu semua tu wehhh . Aku harap persahabatan kita kekal untuk selama lamanya . ILOVEYOUFRIENDS 


21 December 2011

RESULT OH RESULT


Today , hari yang paling menggerunkan lagi menakutkan . Ada ape -.- Haish , korang lupe ke ? Hari nie kan keputusan PMR keluar . Bagi batch 96 mesti nervous giler babun kan ? Tau dok . Aku pon sama . Nervous wehhh . Bak kata FIRAL , nak terjun KLCC boleh ? Pon boleh FIRAL . Haha :D

Aku bangon awal weh hari nie . Semangat tak ? Aku bangon teros tweet tweet . Aku luahkan semuanya dekat twitter tersayang aku . Sebelom tengok result kan . Hik hik . Okay , sampai je sekolah tungu sampai pukul 10.30 . Ha , baru la result keluar. Okay , nervous yang amat . Yang dapat straight A da nangis nangis dahh . Buat jantung aku semakin dup dap dup dap . Nak jatuh di buat nya . Jeng jeng ! Tibalah saat yang di nanti nanti kan semua batch 96 . Okay , semua berlari lari pergi meja kelas masing masing . Aku nie ha . Macam nak nangis doh . Then , ustazah bagi aku result . * Tutup mata nie . Tadddaaa . 1A3C4D je wehh . Teros aku nangis :(

Nangis happy ke sedih aku pon tak tau . Macam macam perasaan dalam hati aku saat tengok result . Sedih sebab kecewa kan ibu . Da dapat result baru nak menyesal wehh . Ina mintak maaf ibu sebab tak dapat bagi yang terbaik untuk ibu :( Gembira sebab ada 1A . Okay , 1A pon nak gembira ke ? -.- 1A pon korang patot bersyukur tau . Daripada tak de A . Lagi kecewa kan ibu ayah korang . Aku redha dengan result aku nie . Tapi aku akan usaha lagi untuk dapatkan banyak A dalam SPM nanti . Aminnn .

Balik balik je masok bilik then nangis lagi . Semua orang mesej aku tanya result bape . Okay , lagi buat kan aku nak nangis . Dengan titisan air mata yang bergugur tu aku pon bagi je tau . Ramai jugak yang cakap ' TAHNIAH ' . Okay , terima kasih semua . Then , mesej ibu . Tunggu punya tunngu . Ibu balas daahh . Ha , ibu cakap ' AMBOI CANTIK NYE NOMBOR . SO , CUBA YANG TERBAIK UNUK SPM NANTI . BUAT AZAM YANG TERBARU UNTUK LEBIH BERJAYA DUNIA AKHIRAT . ' Dapat je mesej tu lagi menangis . Then , pikir pikir buat ape aku nak nangis . Sedangkan ibu pon lagi bagi semangat dekat aku , ye dok ?

 Heee . Thank you so much ibu . Ibu banyak beri semangat dekat ina . Sayang ibu  Tak lupa jugak kepada MASTURA MANSOR , NOOR HAZIRAH , NURUL NADZATUL , NURUL SYAFIEKAH  , NURUL AMIEERA , NADIA NABILA , HANANI JUAHIR and semua la . Anda semua sentiasa bagi semangat dekat saya . Thanks a lot :) And tahniah kepada batch 96 yang mendapat straight A :)

17 December 2011

NUR AQILAH ♥ :'(





Who is ? Okay , die bestfriend aku ever ever and ever . Besok die nak bertolak pi SARAWAK dahhh :'( Flight die bertolak pukul 8.00 pagi . Seriously , sedih giler giler . Mau tak nye tige tahun weyh . Tige tahun , aku kawan dengan die . Pahit manis kitorang bersama . Even , sekejap pon dapat kenal dengan die aku happy sangat sangat . Sumpah , tak tipu . Gaduh tu perkara biasa la . Semua pernah bergaduh kan ? Aku pon pernah gaduh dengan die . Tapi sekejap je . Aku tau aku tak boleh pisah dengan die lama lama . Sebab die selalu happy kan aku dengan die punye perangai yang giler giler tu . Ya Allah , lime tahun die stay dekat SARAWAK . Lime tahun weyh ! Aku kenal dengan die pon tak sampai lime tahun . Semua kenangan dengan die selama tige tahun nie aku akan simpan dalam hati aku . Tak kan sekali pun aku lupa kan . Tak kan pernah ! First kenal dengan die , memang aku ingat die sombong . But , bile aku da rapat dengan die . Jadi bestfriend lagi tu . Aku rasa bertuah sangat dapat kenal dengan die . Qila qila kau ingat tak janji janji team ' MINQIERA NAFIESA ' ? Kita janji akan kawan hingga ke akhir hayat even berpisah jauh mana pon and kita nak satu kolej sama sama . Pergi mana mana mesti sama sama . Ya Allah qila , aku ingat semua tu qila . Then , kau mesti tak lupe kan time aku , kau dengan farah gelak gelak dekat depan kelas . Time tu waktu ustazah asyikin . Form 2 . Best sangat time tu qila . Sampai hari nie aku tak lupe . Lagi , kau ingat tak time kite berdua je datang . * I mean member kita kau dengan aku je . Farah dengan fienaz tak datang . Kau buli aku kan qila . Hee . Sweet sangat time tu . Then , boboy dengan atan main sepak sepak kasut kau . Kesian kau qila . Aku pulak kene buli dengan kau . Good joob , girl :( Ya Allah , qila aku rindu semua tu . This year walaupun kelas kite da lain , kau tetap rehat sama sama dengan kitorang . Okay , time form 2 semua budak perempuan akan rehat sama sama dekat dataran warisan . Tak de yang rehat sendiri sendiri kan ? Kau ingat tak ? Da macam family kite nie qila . Lagi , time raya . Ingat tak ? Maybe tu first and last aku merempit dengan kau . Sumpah , aku rindu semua tu qila :( And last day aku keluar dengan kau . Hari khamis bersamaan 15 DISEMBER . Tu la kali terakhir qila aku keluar dengan kau . Tipu aku cakap aku tak sedih time salam dengan kau peluk kau . Aku sedih qila :( Lagi lagi tengok kau da nangis time tu . Ya Allah qila , TUHAN je yang tau betapa sedih nye aku dapat pelukan kau buat kali terakhir . Tapi aku tahan sebab aku tak nak nangis depan kau :'( QILA , AKU HARAP KAU HAPPY DUDUK DEKAT SANA . AND LEPAS LIMA TAHUN KAU DEKAT SANA AKU HARAP AKU DAPAT JUMPE KAU LAGI . KITA LEPAK SAMA SAMA LAGI OKAY ? I GONNA MISS YOU AMOI ♥ :'(

15 December 2011

TODAY IS WONDERFUL ♥


Assalamualaikum .  Sehat tak sehat tak ! * Kasar sudah . Macam macam berlaku hari nie . Semua nya terjadi dalam satu hari je . Gembira sedih semua ada . Tu la orang tua tua cakap jangan terlalu happy kang sedih jadi nya . And now baru nak happy , da sedih balik . 

- Dalam pukul 10 lebih macam tu aku gerak rumah mieera . Then , nampak kimi . Comel je die . Sepupu mieera . Then , mak cik dia hantar kan kitorang pergi OTK . Naik bas dalam pukul 11 . 

- Sampai sampai teros pergi WAYANG . Nampak MOJA pulak tu . Ambik masa 10 minit jugak pikir nak tengok cerita ape . Banyak sangat cerita best . BREAKING DAWN , OMBAK RINDU , ALVIN AND THE CHIPMUCKS . Then , kitorang pilih OMBAK RINDU . Semua kata cerita tu sedih . Try la tengok . Not bad la cerita tu .

- Then , keluar WAYANG tunggu QILA , FIENAZ , BUNGA dekat IOI baru . Jumpa pulak dengan FAZIRA , FATIN . Then , borak dengan dorang kejap . Nampak la si tige ekor berok tu . Then , teros peluk QILA . Ya Allah , sedih sangat sangat :(


- Then dorang hantar kan aku , mieera dengan bunga dekat FOOD COURT . Lepas hantar kitorang dorang balik . Serious , nak nangis time peluk QILA . Last okay ? Lepas nie da tak de da pelukan dari die . Then beli la sizzling my favourite food . Maybe favourite food mieera jugak kot . Die pon beli . Main suap suap bagai . Sangat manja kitorang nie . Da nama pon BFF kan ? Jangan jeles !



- Lepas makan , pergi TUTTI FRUTTI pulak . Nampak adik DIE . Ya Allah , sumpah malu . Okay , tu tak yah cerita . Then , mieera jerit jerit akim stacy akim stacy . Okay nie lawak . Aku dengan bunga punya la blur ' mana akim mana akim ' . Haha . Then , snap la gambar dengan artis due orang tu . Kenangan ~



- Lepas makan TUTTI FRUTTI , teman mieera pergi cari eyeliner . Jumpe tapi mahal . Al maklum la tak cukup badget . Then , jumpa blusher and eyeshadow . Tak tau kenapa dengan mieera tu . Die teros make up aku . Ya Allah , ape kene la dengan budak nie . Aku pon buat don't know je la .



-  Then , balik la . Balik balik je teros IM NADIA . Die taching giler dengan kitorang . Serious , takut sangat kehilangan die . Baru je kenal , tak sampai setahun pon . Harap tak de ape ape berlaku antara kitorang . Baby , I'M SO SORRY :( Next time kite outing sama sama okay ?

HOLIDAY AT TAIPING


Hoi hoi ! ASSALAMUALAIKUM :) Hik hok . Hari nie nak cerita the best holiday with my big family . Walaupun di TAIPING je . First time tau jejak kan kaki dekat sana . * Okay batak ! 

Bertolak pergi sana dalam pukul 4 macam tu , hari sabtu . Sampai sampai teros masuk homestay then , makan jap lepas tu tidor . Sangat penat . Perjalanan mengambil masa dalam 4 jam jugak la . Dalam kereta tu ayah dok cerita je pasal sejarah PERAK . Da lama tak borak borak dengan ayah macam tu . Sampai aku nak tidor pon ayah tak kasi . Sebab ayah nak aku tengok semua bandar sejarah dekat PERAK tu . Thank you so much ayah atas information ayah . Sikit sikit da tau la jugak sejarah PERAK tu . Daripada tak tau langsung , ye dok ? Hehe . 

Hari ahad pagi tu pergi mandi air terjun . Semua bangon awal semangat nak pergi mandi air terjun . Da lama kot tak mandi air terjun . Lepas mandi balik salin baju then pergi muzium PERAK pulak . Dekat depan muzium tu ade ular . Kakak aku la disebab kan takut ular sampai sanggup tak masuk . Rela dia masuk ikut pintu belakang . Hahaha . Penakut punye budak . Then , pergi makan MEE UDANG dekat restoran mak jah ke mak nyah . Haha . Ape ntah . Memang tak ingat la kan . Ya Allah , mee udang die sedap giler babing . Satu mangkuk tu dekat 9 udang . Besor besor pulak tu . Memang kenyang . Puas giler . Malam tu pulak pergi zoo TAIPING . Sana sini orang cakap pergi malam best . Bile da masuk zoo tu okay excited . Then , tunggu kereta api die punya la berjam jam . Then , bila dia bawak masuk . Memang nampak la haiwan haiwan tu kan -.- Perh , sakit hati je . Okay , balik tu makan ayam panggang then teros tidor . Hik hok .

The last day at homestay taman desa jaya . Sangat sangat sedih . Best giler duduk dekat rumah tu . Orang sekeliling rumah semua sporting habis . Konon nak pergi air terjun lagi . Tapi terpaksa dibatalkan sebab takut malam sampai rumah . Selasa semua da start keje kan , takut penat pulak balik malam . Then , tukar plan pergi Kuala Kangsar . Pergi galeri SULTAN AZLAN SHAH . Perh , banyak giler sejarah pasal die . Serba sedikit tau la jugak . Then , pergi makan laksa and cendol dekat mana ntah . Dekat situ la beli cenderamta bagai . Makan durian and rambutan sekali . Then , teros balik . Enjoy giler holiday kali nie . Dalam perjalanan nak balik tu plan nak pergi LANGKAWI pulak tahun depan . Amboi , rumah pon belom sampai lagi . Da plan yok . Nie tengok gambar gambar kitorang .


Nie dekat galeri SULTAN AZLAN SHAH , KUALA KANGSAR .


Nie dekat muzium PERAK .


Okay nie tiket nak masuk zoo TAIPING .


Nie pulak mandi air terjun dekat sungai JANA . Pelik bukan ?

7 December 2011

MENGURUS DIRI :)


Hai , blogger ! :) Hik hok , hari nie nak share sikit pasal pengurusan diri . Mesti korang tertanya tanya kan apasal la aku tulis pasal mengurus diri . Kan kan ? Actually , aku konfius sama ada nak pindah sekolah ke tak . Kalau dapat sekolah vokasional tu . Aku nak sangat pi sana . Aku nak lupa kan semua masalah yang ada dekat sini and aku harap bila aku sekolah sana aku da boleh lupe kan DIA . Tapi SMK USJ 23 , banyak sangat kenangan dalam hidup aku .Tige tahun weyh aku sekolah sana . Ingat semudah 123 je ke aku nak lupe kan korang . Ya Allah , berilah kekuatan kepada hambamu yang lemah ini supaya fikiran dia tak tertanggu dengan masalah yang sedang dia lalui . AMIN ! * Ha baca bawah nie .

Nak tengok orang yang betul betul orang , tengoklah macam mana dia urus diri . Kalau dia dapat urus dengan baik , bermula dari pagi hingga malam tanpa terbarai masa , tanpa kocoh kocoh dan tanpa kelam kabut , tandanya dia betul betul orang . Yang dinamakan orang tu adalah mereka yang tenang , pintar dan bahagia .

Mana mungkin orang yang kocoh kocoh tu tenang . Mana mungkin orang yang kelam kabut tu pintar . Kelam kabut selalu sebabkan kebodohan berlaku . " Mak , mana pensel adik ? Mana pensel adik mak ? Adik nak cepat ni , mana mak ?! " Terkocoh kocoh gitu , padahal pensel dalam tangan . Amacam tu ? Mana ada pintar .

Dan selalunya , orang yang tak dapat urus diri dengan baik , payah nak bahagia . Macam mana nak bahagia , orang lain semua menangis jadi susah oleh kekecohan dia . Kalau orang lain semua tak bahagia , jawab nya dia pun tak akan bahagia sama . Sebab , dia dah tentu kena belasah . Ya tak ?

Jadi , uruslah dengan baik . Orang yang boleh urus hidup dengan baik bakal jadi pemimpin . Kalau anda nak jadi bos satu hari nanti , urus diri dengan baik mulai sekarang . Jangan main selamba dan sembarangan . Pakai baju pun tak kemas butang sebab kelam kabut , nak jadi pemimpin macam mana ?

Amalkan minum air kosong banyak banyak setiap hari . Paling tidak , lapan gelas macam yang di sarankan oleh pakar pakar kesihatan tu . Orang yang minum air biasa banyak banyak biasanya tenang . Orang yang tenang , memang dia orang dan dia boleh dicontohi . Orang yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan masalah orang , baru boleh jadi bos atau jadi pemimpin . Okey , gitu ya ?


6 December 2011

NADMIA MIEERASAB ♥



SELASA - 6 DISEMBER 2011 

Awww , thank you so much BABY . Sudi luang kan masa bersama . Sehari suntuk . Best sangat sangat . Nadia Nabila , Nurul Amieera and Ammelia Yasmin . Rindu nak tengok hang pa bertiga gelak HIKHIKHIK lagi . Okay , first time kot . Holiday dengan korang !


Best ye naik motor dengan saya ? Hik hok . Rempit kay rempit . Dengan BINI GANGSTER . Phewwiitttt ! Haha . Kalau nak naik motor dengan saya lagi datang la Kampung Sri Aman . Kang saya bawak awak rempit satu kampung lagi yok . Huhu . Takut tak takut tak naik motor dengan orang pro macam saya ? Macam nak nangis saya tengok awak naik motor dengan saya . HAHAHAHA :D * Belakang tu belakang tu . Budak da freedom . Baru pertama kali naik motor so die , excited sikit . HAHAHAHA :D


Ewahhh Ewahhh , sweet tak kitorang ? Hik hok . Rindu sama ini BINI GANGSTER ♥ Hope die dapat result terbaik dalam SPM . Gudluck , babeyh ! Adik sentiasa doa kan yang terbaik untuk akak . One more , please jangan pergi SABAH tu . Nanti kite nak meet lagi susah . Akak da jauh . Kang rindu nak dengar akak nyanyi ENJIT ENJIT SEMUT dekat adik . Rindu nak skype pagi pagi buta dengan akak . Dengan tak mandi sampai terkentot kentot , terbersin bersin . Rindu nak dengar akak gelak HIKHIKHIK macam alien . Sweet gitu . Awwww , rindu nye semua tu :* ( Menangis teresak esak )


I MISS LAUGHING WITH YOU ♥  Aww , baby baby . You , so cute ! Jealously . Thanks sebab sudi ajak saya lepak dekat rumah awak bersama gadis gadis ayu gitu . And , rambutan . Mak saya yang habis kan . Actually , mak saya memang minat giler rambutan . So , die bantai habis semua . Saya ? Sempat makan satu je :( Hik hok . Sedap !

3 December 2011

AJAIBNYA PERASAAN :)


HELLO HELLO , anda sedang berada di dalam blog yang tak serupa bikin sekarang . HOI , sehat tak ? sorry , terpaksa berkasar . hik hok . acah je sebenar nye . marah marah pulak . cium kang ! hee , tak nak cerita panjang baca je dekat bawah tu . ada paham ?

Pernah tak rasa satu hari tu macam tak boleh lupa dia ? pejam mata pun namapak dia . celik mata pun nampak dia .

kalau pernah , ini nama nya perasaan . memang ajaib . alangkah ajaib nya perasaan sebab dia akan datang pada semua orang . setiap orang akan alami keadaan macam ni . paling tidak , sekali dalam hayat dia . pada yang normal la . pada yang tak normal , berkali kali . ha , ini bukan ajaib nya perasaan , tapi perasan habis !

kalau hal macam ni berlaku pada anda , ketahuilah itulah mukadimah cinta . cinta ni lahir daripada perasaan . sebagaimana ajaib nya perasaan , cinta lebih ajaib lagi . perasaan dan perasan adalah permulaan cinta . kalau dah sampai tak lalu makan , tak boleh tidur dan nampak lemah je , tu nama nya cinta bukan perasaan lagi . ini dah mula bahaya pada keseluruhan badan . sebab kalau perasaan yang gitu dilayan terus , akibat nya badan jadi lemah , longlai , tak daya , hilang kekuatan diri dan hilang motivasi diri .

jadilah macam Hang Tuah . dia bukan nya tak cinta kan Tun Teja . tapi sebab amanah sultan , dia lepas kan juga Tun Teja untuk sultan . padahal dia cinta kan Tun Teja . maksud nya , kita jujur melayan perasaan dalam menikmati cinta . cinta jangan dilayan melampau lampau sebab nanti kalut jadi nya . ada perasaan sikit , layan seadanya . sebab dalam usia remaja , cinta tak membawa ke mana nya . setakat rasa itu biasa , tapi jangan rasa jadi binasa .

sebelum nak cintai seseorang , letak kan lima elemen di atas nya dulu . pertama nya ialah cinta sepenuh nya pada TUHAN , kemudian cinta NABI , cintai IBU AYAH , cintai GURU dan terakhir cintai DIRI SENDIRI . sebahagian daripada cinta diri sendiri ini beri kan pada insan berkenaan . barulah perasaan tu dipanggil betul tak songsang .


29 November 2011

SEJUTA KAWAN :')


hello hello guys ! ha , tengok tajuk entry nie . ' SEJUTA KAWAN ' . apa tu sejuta kawan ? umpama kawan beribu ribu sampai berjuta juta . ha , itu la maksud nya . ' KAWAN BIAR SERIBU MUSUH JANGAN SATU ' . kalau korang nak kekal kan kawan korang yang berjuta juta tu . ha , baca bawah nie .

" Hai , geng . Amacam ? "
"Hei , bila masa aku jadi geng engkau ni ? "
" Amboi , bukan main lagi sombong . "

orang yang jawab macam tu bila ada orang nak kawan dengan dia sebenar nya bermasalah . tak kiralah macam mana bentuk nya . sama ada , " Er , boleh kenal tak ? " atau " Hmmm , boleh berkenalan tak ? " tapi korang balun dia dengan kata kata , "Hmmm , boleh . Boleh blah . " anda ni memang bermasalah .

orang yang tak senang menerima kawan, dia akan dipinggir oleh kawan . ingat , hidup nie tak boleh sorang sorang .tak ada siapa boleh hidup seorang diri . kita nak bina kejayaan dan keterbilangan bila ada ramai oranglah . mana boleh mengaku berjaya sedang kan tak ada persaingan langsung .

yang betul , terima semua orang sebagai kawan , selagi orang tu bersikap macam kawan . tapi sebaik saja dia mula buat hal yang bukan bukan , macam dah mula makan kawan atau sikap sikap yang boleh kita senarai kan dia sebagai tak boleh buat kawan gitu , barulah kita pisah kan dia daripada senarai . 

orang yang ramai kawan , bukti peribadi nya menarik . nak tengok siapa korang , tengok siapa kawan korang . kalau kawan kawan korang semua jahat , jenis suka langgar undang undang , buat bising tak pasal pasal atau melepak tak tentu hala , korang pon macam tu la . tapi kalau kawan kawan korang baik dan membangga kan , selalu nya , korang pon sama .

so , semak semak diri dan semak semak siapa kawan korang . kalau mereka semua boleh dikata kan baik , korang menghampiri kebaikan ataupun memang baik . tapi kalau mereka semua tu setan , korang pon tak kurang . sendiri mahu ingat , ha .


28 November 2011

SENYUM ITU SEDEKAH :)


hye , peeps ! sehat tak ? harap sehat sehat anda semua . ha , nie mesti tengah makan kan kan ? tak pe teros kan mengunyah makanan anda tu . kita nak share sikit tips hari nie . ha , baca dengan hati yang ikhlas ok ? 

orang yang paling disenangi orang adalah orang yang paling mudah senyum . kalau anda nak disenangi orang sekeliling , banyak - banyak kan senyum . senyum itu sedekah dalam agama islam tau . cuma saya nak pesan tiga pekara :

1 . ketika senyum , jangan senyum meleret . kalau senyum meleret dan banyak kali pulak tu , selalu nya orang yang menerima senyuman tu akan tafsir kan lain . contoh nya , anak dara senyum meleret dan banyak kali pada lelaki yang sama . selalu nya lelaki itu akan kandas sebab dia akan tafsir kan macam macam dan bukan bukan . jadi ingat , walaupun senyum itu baik dan bahkan sedekah , jangan senyum meleret leret kecuali memang ada maksud tertentu .

2 . senyum ketika pertama kali bertemu tu akan membayang kan bahawa anda ni orang nya baik , mudah di dampingi , suka mendampingi , boleh di buat kawan dan baik bila berkawan . jadi , bila pertama kali di perkenal kan pada seseorang , senyumlah . jangan monyok dan muncung pulak , macam cencorot gitu . alamak , akan kekal dalam ingatan orang sampai bila bila .

3. senyum bila anda memang memerlu kan orang senyum balik . maksud saya , usah senyum tak pasal pasal . pada semua orang anda senyum , itu cari nahas nama nya . senyum pada yang patut dan apabila patut . tak patut kalau tak payah . sebab , senyum selalu nya mengundang bahagia . tapi kalau tersalah senyum , ia mengundang derita juga .

kesimpulan nya , senyumlah anda sebab mudah senyum itu motivasi diri anda yang terbaik . 


26 November 2011

RAYA SAKAN :)



bersame abang sedare dan abang kandung ku ~


sayang mereka <3


1 syawal - blue <3


senyum and piece ~


perawan sebelah ayah ku ~


my BELOVED SISTER <3


with safwa , adik sedare ku ~


lanang sebelah ayah ku ~


sempat lgi bermandi sungai pada 4 syawal . hebat kan dorang ~

aq malas sebenar nyer nak tulis panjang2 . so , aq msok kan gambar je la . actually , byk lgi gambar sebenar nyer . tp nie je yg mampu aq msok kan . HAHA . nk tunggu di upload memang berjam2 la kne tunggu . so , ini je la hasil snap aq dan kakak aq . 

10 November 2011

GUD BYE FORM 3 :'(



11.11.11, tarikh yang unik ni la adalah hari yang paling meyedihkan :'( Last day at school in 2011. Terasa sebak di dada bila tengok muka kawan kawan yang aku sayang. Maybe tahun depan kita dah tak sama sekolah, dah tak sama kelas, dah tak rehat same sama. Semua dah pilih kos masing masing. Dah pilih sekolah mana yang terbaik untuk diri korang. Tak pe, aku faham. Kawan biar seribu, musuh jangan satu :)
Kerjaya tu lagi penting daripada sahabat. Sahabat tak bawa kita ke mana pon. Just bagi support je dekat kita. Walau jauh mana pon kita berada, harap hubungan kita tak kan terputus. Korang tetap kawan aku. REMEMBER THAT!

 Chop! Eh, Erna and Azie. Kita dapat hamper tadi kan, tu semua hasil usaha kita. Tu menandakan yang kita satu kumpulan yang sangat bekerjasama. Agak agaknya bila la boleh satu kumpulan dengan korang lagi kan kan? Serious, aku happy sangat dapat jumpa korang, dapat kenal korang and dapat kawan dengan korang. Selama kita berkawan banyak sangat kenangan pahit dan manis kite bersama. Ok, aku tak akan lupa kan semua tu!

 And one story, waktu nak balik tadi aku duduk duduk la dekat pondok dengan Miera. Then, dia nangis nangis. Sebab apa? Sebab dia tak nak kehilangan SENIOR SENIOR yang dia sayang. Tengok pula muka SENIOR SPM, Ya Allah sumpah sedih. And dalam ramai ramai SENIOR tu aku dapat jumpa sorang je iaitu kak Nadia Nabila. Tengok air mata die yang bergelinangan. Serious, aku pon nangis sekali. Yeah, aku memang sensitive. Ok, walaupun kitorang baru je kenal. Tapi rasa macam da lama sangat. Sampai kan nak cakap dengan dia pon tak boleh. Sebab? Sedih sangat :'( Tahun depan tak dapat jumpa dia dah. Dia dah habis sekolah. Dia pon tak duduk sini lagi. Dia nak pindah dekat labuan.

 For kak Nadia, good luck for SPM. Adik sentiasa doa kan kejayaan akak. Buat yang terbaik ye :) I LOVE YOU   



I MISS THE MOMENT  


I LOVE YOU SISTER  

9 November 2011

HAPPY BIRTHDAY BROSTER ♥


Assalamualaikum, bloggers! Today, kita nak buat entry pasal birthday party my sister and my brother. Jyeah! Selamat menyambut hari tua abang dan kakak :) Untung la korang da besar panjang pon ibu tetap raikan birthday korang. Walaupun secara kecil kecilan. Ok, jealous! :( Hehe. Moge abang dapat result terbaik dalam STAM and kakak, good luck for practical. Eyna selalu doakan kejayaan korang. Take care and love you ♥


KEK CHOCOLATE BLUEBERRY! Ini hasil tangan ibu tersayang :)


My brother and my sister. Happy birthday ~


Kami keluarga bahagie :)

27 October 2011

RINDU ZAMAN TADIKA ♥



Tiba tiba hati ni ha rindu sangat dengan zaman tadika. Zaman kanak kanak ribena. Yeah  kanak kanak ribena! Rindu nak main gelongsor and buaian dekat sekolah tu. Da besor panjang nie ha. Nak main apo nyo. Memang tak la kan. Malu loh. *dalam hati teringin* Hehe. Rindu oh dengan kawan kawan yang comel comel gitu. Entah sihat entah tidak dorang sekarang. Harap harap, dorang sihat waalfiat. Amin! Ok, nak share sikit kenangan saya time zaman kanak kanak ribena. First time masuk sekolah, saya menangis. Jyeah! Menangis, melalak, menjerit semua ada. Biasa la budak baru nak masuk sekolah memang macam tu. Korang pon same kan kan? Nak tau perangai saya macam mana? Meh sini saya cerita. Saya seorang yang nakal, degil, pandai :P *bukan nak berlagak ye. Kenyataan! Sekolah tadika, boleh la dapat no satu sampai lima. Da besar panjang ni ha, agak susah la nak dapat no tu lagi. Hehe. Standard sebelas hingga dua puluh lima je. Ye la zaman sekarang kan semua da pandai pandai. Nak di bandingkan dengan saya ni. Hmm, hampeh! Makan tidor makan tidor tau la. Haha :D Sebab tu badan macam belon. Haha. Nak tengok gambar kitorang. Meh sini saya tunjuk kan :)


Yang mana satu saya. Ha, cari sendiri :P By the way, rindu korang  ♥ 

25 October 2011

THANK YOU ♥



1. Thank you for coming into my life :)
2. Thank you for making friends with me :)
3. Thank you for your care about me :)
4. Thank you for never make me cry :)
5. Thank you for always make me smile :)
6. Thank you for good is with me :)
7. Thank you for loving me :)
8. And thank you for everything :)


p/s : I LOVE YOU SO MUCH ♥

10 October 2011

! PMR THE END !


WARNING, BATCH 96 : BUKAN LAGI BUDAK PMR OK! Horey horey 'MERDEKA'! Kitorang dah habis exam. Habis je paper KH pukul 3.50, terus menjerit tak tentu pasal. Haha :D Maklum la dah tak payah nak baca buku lagi. Tunggu SPM je la baru sambung baca buku balik kan. Awal lagi nak baca pon. Now nak hilang kan segala tekanan di dalam jiwa. Haha.

 Besok, besok dan besok kitorang tak duduk dalam dewan lagi dah untuk jawab exam. Mesti rindu saat saat macam tu kan. Duduk dekat dalam dewan pulak. Sunyi sunyi pon, tetap best! Lepas ni dah tak de da jawab exam ramai ramai dekat dalam dewan. Jawab exam dekat rumah je la lepas ni. MAKAN, TIDUR, OUTING! Buku da boleh balut kot. Hantar dekat sekolah. Tak gune pun kan letak buku dekat rumah. Ada pon buku dekat rumah, bajet baca pulak . Haha :D Da tak payah la nak suruh kitorang ni baca buku, ulang kaji atau buat homework kan? Kitorang da boleh enjoy dah. Nak pergi outing pon dah tak de halangan. Bukan senang nak tunggu saat macam ni.

 Finally, habis sudah semua paper. Tinggal bahasa IBAN, TAMIL, CINA, ARAB, KADAZANDUSUN and PUNJABI je. Maaf la, saya tak ambil semua bahasa tu. Saya MELAYU TULEN! Haha. Harap semua dapat result terbaik. Ni baru PMR belum SPM lagi. Entah mcam mana la nanti. Raya sakan agaknya. Tunggu result lagi.

For BATCH 94, lagi 34 hari je kan korang nak SPM. So, rajin rajinlah buka buku. *dengki* Btw, all the best guys! Saya sebagai junior anda, sentiasa doakan kejayaan korang :D 


-SLIP KEMASUKAN, I/C and PERALATAN MENULIS-
Pencil case ni la yang wajib kitorang bawa semasa menjalani exam. Tak bawa semua ni, tak boleh jawab exam. Ini 'PERATURAN'! 

31 July 2011

AUGUST MONTH :)


1 August : Horey! Start puasa dah. Sekejap je masa berlalu, tup tup dah nak masuk BULAN RAMADHAN :) Tak sabar nak pergi solat terawih and bersahur esok pagi. Teringat pulak zaman kanak kanak dulu. Curi curi makan dekat dapur. Haha :D Best sangat time tu. Maklum la masih di zaman kanak kanak ribena. Tak makan baru 1 jam, da lapar. Bila da dapat makanan, ha ambik kau! Kenyang gila la :D Tapi sekarang, nak ponteng jangan harap la. Da besar kan? Nak ponteng pon buat ape melainkan ade injured. Right? Umur da 15, malu la kalau puasa pon tak cukup lagi. Budak baru 6 tahun pon, dah pandai puasa penuh. Berdosa katanya kalau tak puasa. Rukun islam kan. Wajib kena buat! So, jangan mengada ngada nak ponteng! Harap puasa tahun ni memberi keberkatan kepada kita semua. Amin :)

3 August : Ehem ehem, birthday siapa la ni kan? :D Lagi 3 hari je. Tak sabarnya. First time kot, birthday aku time puasa. Mesti tak dapat coklat punya. Hehe. Makan je aku ingat. Tapi tak pe la. Birthday di bulan puasa ni banyak rahmatnya. Huhu. Tiba tiba teringat time aku darjah 5 dulu. Satu kelas buat party untuk birthday aku. Terharu sangat. Ingat dorang lupe birthday aku. Serious, nak nangis dah time tu. Tunggu punya tunggu. Tak jugak wish. Then, time rehat. Dorang suruh aku tunggu dekat dalam kelas. Aku pun tunggu je la. Time tu la dorang wish birthday aku. Tersangat happy :)

18 August : TRIAL PMR beb! Walaweh, buku hapak pon tak buka. Ni kan pulak nak baca and hafal. Memang tak lah cerita dia. Apa la nak jadi dengan aku ni. Ibu suruh baca buku. Masuk bilik tidur. Tu je la yang aku tau. Tiap tiap hari nak baca buku, memang bosan la. Belajar last last minute memang hobi aku dengan kawan kawan. Budak cemerlang kata kan. Memang macam ni la :D Nak buat kerja rumah pon malas. Nak baca buku lagi la malas :D Aku ni bukan ULAT BUKU! Tak macam budak budak pandai tu, 24 hours dengan buku. Tak penat ke dorang? Aku tengok pon da penat. Tak pe, masih ada masa lagi untuk aku menghafal semua mata pelajaran form 1, 2 and 3. Btw, kepada semua ahli ahli PMR, GOOD LUCK !

29 August : Selamat Hari Raya! But, raya tahun ni macam tak best je. Tak seronok langsung kot. Dah la tak balik kampung. Terperap je dekat rumah tu. Btw, di kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf kepada rakan rakan yang mengenali aku. Aku tahu aku banyak buat silap dekat korang. Faham faham je la perangai aku ni macam mana kan. Ala ala BEROK sikit. Hehe. Harap korang maaf kan la kesalahan aku ni ye :)

31 August : MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA! Wah, semanagat anak Malaysia. Haha. Maklum la, orang batak memang macam ni. Tak pernah sambut merdeka kan. Ayoyo! Teringin oh nak sambut merdeka dekat DATARAN MERDEKA dengan kawan kawan. Mesti best kan. Aku tak macam korang. Senang senang je dapat bebas. Maklum la BUDAK BAIK. Baik ke? Haha :D Ada la sikit. Ok, merdeka tahun ni pon tak best rasanya. Orang sebuk nak beraya sakan time tu la nak sambut merdeka nya. Memang tak la kan. Tapi aku peduli apa merdeka ke tak aku tetap enjoy! :D