27 December 2011

KURSUS IPAC


Assalamualiakum . Korang sihat ? Mesti la sihat sihat kan . Alhamdullilah . Okay , dua hari aku menghilang diri sebab aku ade kursus . Kursus ape ? Kursus IPAC . Apa itu IPAC ? IPAC itu maksudnya IBU BAPA PRIHATIN ANAK CEMERLANG . Okay , aku berterima kasih sangat dekat ibu kerana menghantar aku ke tempat ni . Banyak benda baru yang aku belajar dekat sana . 


Ha , ini dia kursus IPAC tu . Ramai yang tak tau kan . Okay , ni pon ibu aku yang letak nama aku . Ha , tengok penceramah dua orang tu . DR HJ TENGKU ASMADI dan DATO FADZILLAH KAMSAH . Penceramah / kaunselor terbaik , pelawak , memberi kan motivasi yang sangat bernas . Ha , lagi sorang tu siapa tak kenal kan , FAHRIN AHMAD . Okay , dia hensem sangat serious tak tipu . Muka dia bersih gila . Bak kata dia ' GUNA LAH GARNIER MEN ' . Haha .

Dua hari bagi aku tak cukup . Pagi tadi pon rasa nak bangun awal nak pergi tempat nie balik . Aku dapat kawan baru , ilmu baru . Segala galanya baru dekat sana . Best sangat sangat . Balik je dari sana aku rasa perubahan dalam diri aku . Yeah , aku da jadi seorang yang rajin sekarang . Cehhh . Haha . Sikit la . Sekurang kurangnya da berubah kan . Bak kata DATO FADZILLAH KAMSAH , orang tak berubah dalam masa dua hari orang tu ialah orang yang gagal . Aku tak nakkan KEGAGALAN tapi nakkan KEJAYAAN .

Semalam hari terakhir aku bersama MODIRATOR  IPAC , STAF  IPAC , KAWAN IPAC . Orang nya semua baik baik . Yeah , terima kasih kepada WANI and FARAH ADEENA kerana sudi berkawan dengan saya selama dua hari saya di kursus IPAC ni . Terima kasih jugak kepada semua yang sudi bertegur sapa dengan saya . Tak lupa jugak kepada DR HJ TENGKU ASMADI , DATO FADZILLAH KAMSAH , FAHRIN AHMAD . Banyak ilmu yang saya pelajari dari MODIRATOR TERHEBAT ni . 


Yeah , saya peserta IPAC . Alhamdullilah , saya NUR SABRINA BINTI AMRAN telah menamatkan seminar IPAC dengan sempurna dan lancar . Ya Allah , kau ampunilah segala dosa ku , dosa kedua ibu bapa ku , dosa guru guru ku , dosa kawan kawan ku dan segala dosa semua orang di dunia ini . Kau berikanlah mereka kejayan di dunia mahupun di akhirat . Kau limpahkanlah rezeki kepada kami Ya Allah . Jauhkanlah kami dari segala penyakit, bala bencana dan dari azab api neraka . Jadikanlah kami seorang yang berjaya . AMIN AMIN YA ALLAH .