31 December 2011

HYE 2012 , BYE 2011 :')


Assalamualaikum :) Hari nie stock cerita pasal 2012 je kan . FB , twitter , blog semua benda yang sama . Okay , esok da masuk 1/1/2012 . Ya Allah , cepatnya masa berlalu . Banyak sangat kenangan sepanjang tahun nie . Yeah , banyak sangat . Yang manis ingat sampai bila bila , yang pahit buang jauh jauh . And aku nak sangat masuk VOKASIONAL ! Harap dapat , AMIN :)

Tiga MUSYTARI . Yeah , aku akan menangis setiap kali dengar perkataan nie . Even , 11 bulan je kita kenal . Semuanya manis manis kan ? Paling aku akan rindu korang panggil aku dengan macam macam gelaran . TAIKO BESAR ! Yang nie paling aku rindu nak dengar . Sampai mesej mesej pon korang selit kan jugak gelaran tu . TESHI , AZIE , NAZA korang yang bagi gelaran nie dekat aku kan . Okay , aku akan ingat sampai bila bila . GONDOROWO ! Bak kata AFIRA maksudnya HANTU . Tak tau pulak aku . Gelaran nie aku akan ingat sampai bila bila . Sebab dia sorang je yang gelarkan aku macam tu . AFIRA , bila aku tau kau dah ada dekat BRUNEI . Aku teros nangis . Walaupun kita tak rapat . Tapi kau selalu ada dekat sisi aku . Saat aku gaduh dengan kawan kawan aku . Kau selalu ada teman aku . Ya Allah AFIRA , aku pasti rindu nak pinjam jam G-SHOCK PUTIH kau tu . Hik hik .

BOB ! Yang nie pon aku suka jugak . Hanya MUZAMMEL dengan AMIRUL je yang gelar kan aku macam nie . Semata mata nak pinjam jam aku MUZAMMEL sanggup gelar kan aku macam tu . Okay , aku nie sempoi . Tak de sikit pon rasa marah . TAIKO katakan . Haha . BOBBY ! Yang nie sweet . AFZAL je yang panggil aku macam nie . Tahun depan mesti tak dapat dengar dia panggil aku macam nie dah . Aku rindu dengan semua gelaran yang korang bagi dekat aku . Rindu sangat okay !

VAN SARDIN ! Haha . Actually , tak sardin mana pon . Disebabkan van tu merah and di sumbat sumbatkan dengan kanak kanak RIBENA tu yang jadi SARDIN tu . * Yeah , termasuk aku . Okay , aku rindu saat PHOTOSHOOT bersama MIEERA , NATASHA , SUHADA , KHAIRUN , HIDAYAH and FATIHAH dekat BUS STOP SEKOLAH . * Dekat BUS STOP pon boleh -.- Okay , budak van tu tersangat la HAPPENING . Tak macam van yang aku naik dua tahun lepas -_-

Dapat kenal dengan budak 5 SASTERA 5 . Okay , nie lawak . Rindu saat saat kena kan dorang minggu terakhir sekolah . Yeah , kitorang memang jahat . Dapat kenal pulak dengan ASIP , AMLI , PIJOL , MIKOK , AJIEB , AYAM and EJAL sangat seronok . Tahun pertama kitorang rasa ada SENIOR and tahun pertama jugak kitorang buli SENIOR kitorang . Padan muka 5 SASTERA 5 ! Sorry guys , just it's funny . And kalau korang nak tahu ada sorang budak nangis sebab tahun depan korang da tak de . * Yang penting bukan aku erk -.-

NADIA NABILA , FATIN AINA , NUR ZAFIERAH . Senior yang paling aku sayang . First time aku dapat kasih sayang dari orang bergelar SENIOR . Well , aku nie manja sikit . Bila dorang da tak da tahun depan muka siapa lagi yang aku nak usyar setiap kali dorang lalu tepi kelas aku . Yeah , muka siapa lagi ? Aku rindu saat saat aku menangis dengan KAK NADIA last day sekolah . Okay , aku nie sangat sensitive . 11 bulan dapat kenal dengan SENIOR tiga orang nie sangat seronok . Tak tipu okay . Happy sangat . 

See see , banyak lagi sebenarnya . Nie yang paling aku ingat sampai ke hari nie . Banyak weh banyak sangat kenangan sepanjang tahun nie . Aku happy weh . Happy sangat . Aku pasti akan merindui TAHUN 2011 . Yeah , aku pasti ! And azam baru aku untuk TAHUN 2012 , nak JADI ANAK YANG SOLEHAH . CUKUP SOLAT LIMA WAKTU . NAK JADI YANG LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN NIE . AMIN ! Semoga menjadi kenyataan . Doakan aku ye kawan kawan yang ku sayangi :)


30 December 2011

MAHARAJA LAWAK MEGA


Assalamualaikum :) Okay , nie cerita malam tadi tapi sebab da ngantok sangat update pagi ni . Satu family tengok MAHARAJA LAWAK MEGA depan tv . Selain happy tengor peserta buat lawak , aku jugak happy dapat tengok ayah gelak . Bukan senang nak tengok ayah gelak . Bila da kumpul satu keluarga tengok cerita sama sama . Best sangat . Awan je tak da :(


Okay , korang pon da tau kan siapa menang ? OSSSSBBBBOOOOOOOONNNNNN ! Pelawak senior . Aku memang da agak lama yang dorang akan menang . Cehhwaahh . Baru tengok berapa minggu . Da boleh agak lama lama . Al maklum la aku ni jarang tengok tv . Back to story , aku suka ABON buat lawak . Tak habis habis dia kena kan si OS tu . Balik balik gigi jongang balik balik gigi jongang . Kesian aku tengok si OS tu . Dorang tiap tiap minggu kot dapat undian terbanyak . Okay , congratulations , OSBON !


Ha , nie pulak BOOOOBBBBBOOOOOOIIII ! Okay , sebenarnya aku minat kumpulan nie . Tapi dorang tak menang pulak . Tak pe la . Janji buat lawak kan . Alaaa , tomey tomey . HARUN SALIM BACHIK best sikit la daripada AFDLIN . Suke tengok HARUN pakai tudung macam NAJWA LATIF . Sweet pulak . Then , dia pakai baju ballet tu . Okay , tu lawak . Sangat lawak .


Nie siapa pulak ? Heeee . Nie juri jemputan je pong . Dia hensem weehh . Ya Allah , teringin nak jumpa dia . Dia senyum , gelak mak ai cair doh . Serious , hensem gila babun . Nak pakwe macam dia boleh tak ? Hik hik . Dalam ombak rindu , awww awww dia sweet gila . Romantic bangat . Nak pakwe macam ni . Nak nak ! Okay , gedik pulak nie pehal . Nak cerita tu je . Okay , bye :')

29 December 2011

UCAP TERIMA KASIH PADA MUSUH


Assalamualaikum :) Okay , hari nie nak bagi tips sikit . Orang da rajin kan . Hik hik . Sudi sudi la baca .

" Adoi , aku tak tahan betollah dengan dia tu . Entah apa lagi yang tak kena pada dia . Habis aku dihentamnya ! 

Pernah dengar orang mengeluh macam tu ? Atau korang sendiri yang kerap mengeluh macam tu ? Diam aje . Kalau diam tu , maknanya pernah la tu .

Jangan marah sangat . Sebenarnya lagi banyak musuh kita , lagi power kita jadinya . Mana tidaknya . Bila dia tu memusuhi kita , tentu dia kata kita macam macam , kan ? Ha , ini peluang kita nak tunjukkan kita tak seperti yang dia kata tu . Kalau dia kata kita ni bodoh , ini peluang untuk buktikan yang kita ni tak bodoh . Jom ambil SPM , jom masuk kolej . Tiga tahun kemudian , orang yang dok mengata kita tu masih dekat situ . Tapi kita pulak dah jadi orang bekerjaya .

Cuba kalau dia tak kata kita bodoh dulu . Kita pun mungkin tak teruja nak buktikan sesuatu . Jadilah kita sama macam dia , berkubang parit dan main parit .

Ha , ucaplah terima kasih pada dia . Kalau korang jumpa dia sekarang ketika korang dah jadi orang besar , tentu terkulat kulat dan terkebil kebil matanya macam percaya tak percaya .

Dengar ni , orang yang bijak , dia mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri . Kalau kita tak ada musuh , selalunya kita tak teruja untuk buktikan sesuatu . Hujung hujung rupa rupa nya kita masih berada di tempat yang sama macam dia juga .

Ini ingatan sekadar kalau ada musuh . Kalau tak ada musuh , jangan cari musuh pulak . Ini kalau dapat dan apa nak buat ? Inilah jawapannya .


27 December 2011

KURSUS IPAC


Assalamualiakum . Korang sihat ? Mesti la sihat sihat kan . Alhamdullilah . Okay , dua hari aku menghilang diri sebab aku ade kursus . Kursus ape ? Kursus IPAC . Apa itu IPAC ? IPAC itu maksudnya IBU BAPA PRIHATIN ANAK CEMERLANG . Okay , aku berterima kasih sangat dekat ibu kerana menghantar aku ke tempat ni . Banyak benda baru yang aku belajar dekat sana . 


Ha , ini dia kursus IPAC tu . Ramai yang tak tau kan . Okay , ni pon ibu aku yang letak nama aku . Ha , tengok penceramah dua orang tu . DR HJ TENGKU ASMADI dan DATO FADZILLAH KAMSAH . Penceramah / kaunselor terbaik , pelawak , memberi kan motivasi yang sangat bernas . Ha , lagi sorang tu siapa tak kenal kan , FAHRIN AHMAD . Okay , dia hensem sangat serious tak tipu . Muka dia bersih gila . Bak kata dia ' GUNA LAH GARNIER MEN ' . Haha .

Dua hari bagi aku tak cukup . Pagi tadi pon rasa nak bangun awal nak pergi tempat nie balik . Aku dapat kawan baru , ilmu baru . Segala galanya baru dekat sana . Best sangat sangat . Balik je dari sana aku rasa perubahan dalam diri aku . Yeah , aku da jadi seorang yang rajin sekarang . Cehhh . Haha . Sikit la . Sekurang kurangnya da berubah kan . Bak kata DATO FADZILLAH KAMSAH , orang tak berubah dalam masa dua hari orang tu ialah orang yang gagal . Aku tak nakkan KEGAGALAN tapi nakkan KEJAYAAN .

Semalam hari terakhir aku bersama MODIRATOR  IPAC , STAF  IPAC , KAWAN IPAC . Orang nya semua baik baik . Yeah , terima kasih kepada WANI and FARAH ADEENA kerana sudi berkawan dengan saya selama dua hari saya di kursus IPAC ni . Terima kasih jugak kepada semua yang sudi bertegur sapa dengan saya . Tak lupa jugak kepada DR HJ TENGKU ASMADI , DATO FADZILLAH KAMSAH , FAHRIN AHMAD . Banyak ilmu yang saya pelajari dari MODIRATOR TERHEBAT ni . 


Yeah , saya peserta IPAC . Alhamdullilah , saya NUR SABRINA BINTI AMRAN telah menamatkan seminar IPAC dengan sempurna dan lancar . Ya Allah , kau ampunilah segala dosa ku , dosa kedua ibu bapa ku , dosa guru guru ku , dosa kawan kawan ku dan segala dosa semua orang di dunia ini . Kau berikanlah mereka kejayan di dunia mahupun di akhirat . Kau limpahkanlah rezeki kepada kami Ya Allah . Jauhkanlah kami dari segala penyakit, bala bencana dan dari azab api neraka . Jadikanlah kami seorang yang berjaya . AMIN AMIN YA ALLAH .


23 December 2011

ALWAYS LOVE THEM :*

Assalamualaikum . Today , kita nak cerita pasal kawan sekolah rendah kita . * Okay , asal gedik sangat nie -.- Heee . Bila dapat call dari korang serious nak menangis pon ada . Wehhh , korang aku rindu korang tau tak . Reunion , bila nak buat ? Konon sembang korang lepas PMR . Perh , tunggu aku tau . Tak jugak jugak reunion nye . Okay , then aku sarankan lepas SPM . Amacam , boleh dok ? Mesti semua muka da lain kan . And mesti ada yang da lupe kawan . Betul tak ? Tapi aku harap korang tak macam tu . Da tige tahun kita tak jumpa pon . Korang masih calling lagi aku . Okay , korang memang kawan yang sangat baik .

Aku tau korang semua call aku pon sebab nak tanya aku punye result je kan ? Aku paham . Kita sama sama belajar dulu kan . Tak kan korang tak nak tau aku punye result kan . Okay , dengar lagu blog aku tu baik baik . MASA LALU by ZIZAN . Lagu tu buat aku kenang semua kenangan kita dari darjah 1 sampai la darjah 6 . Even sekejap pon kita kenal tapi aku suka sangat kawan dengan korang . 6 tahun bagi aku sekejap wehh . Pejam celik pejam celik kita sekarang da form 3 , nak masuk form 4 da pon . Sangat pantas masa berlalu wehh .


Ha , nie gambar kita kelas 6 IMAM MUSLIM . Aku rindu dengan korang wehhh . Sorry gambar tu da conteng conteng sikit . Heee . Nama korang pon . Aku tulis sebab aku tak nak lupe nama korang . Aku rindu saat kita ambil UPSR . Yeah , semua excited gila kan nak exam . Padahal tak pernah belajar pon kita semua nie . Kita semua satu kepala . Yeah , aku rindu semua tu wehhh . Aku harap persahabatan kita kekal untuk selama lamanya . ILOVEYOUFRIENDS 


21 December 2011

RESULT OH RESULT


Today , hari yang paling menggerunkan lagi menakutkan . Ada ape -.- Haish , korang lupe ke ? Hari nie kan keputusan PMR keluar . Bagi batch 96 mesti nervous giler babun kan ? Tau dok . Aku pon sama . Nervous wehhh . Bak kata FIRAL , nak terjun KLCC boleh ? Pon boleh FIRAL . Haha :D

Aku bangon awal weh hari nie . Semangat tak ? Aku bangon teros tweet tweet . Aku luahkan semuanya dekat twitter tersayang aku . Sebelom tengok result kan . Hik hik . Okay , sampai je sekolah tungu sampai pukul 10.30 . Ha , baru la result keluar. Okay , nervous yang amat . Yang dapat straight A da nangis nangis dahh . Buat jantung aku semakin dup dap dup dap . Nak jatuh di buat nya . Jeng jeng ! Tibalah saat yang di nanti nanti kan semua batch 96 . Okay , semua berlari lari pergi meja kelas masing masing . Aku nie ha . Macam nak nangis doh . Then , ustazah bagi aku result . * Tutup mata nie . Tadddaaa . 1A3C4D je wehh . Teros aku nangis :(

Nangis happy ke sedih aku pon tak tau . Macam macam perasaan dalam hati aku saat tengok result . Sedih sebab kecewa kan ibu . Da dapat result baru nak menyesal wehh . Ina mintak maaf ibu sebab tak dapat bagi yang terbaik untuk ibu :( Gembira sebab ada 1A . Okay , 1A pon nak gembira ke ? -.- 1A pon korang patot bersyukur tau . Daripada tak de A . Lagi kecewa kan ibu ayah korang . Aku redha dengan result aku nie . Tapi aku akan usaha lagi untuk dapatkan banyak A dalam SPM nanti . Aminnn .

Balik balik je masok bilik then nangis lagi . Semua orang mesej aku tanya result bape . Okay , lagi buat kan aku nak nangis . Dengan titisan air mata yang bergugur tu aku pon bagi je tau . Ramai jugak yang cakap ' TAHNIAH ' . Okay , terima kasih semua . Then , mesej ibu . Tunggu punya tunngu . Ibu balas daahh . Ha , ibu cakap ' AMBOI CANTIK NYE NOMBOR . SO , CUBA YANG TERBAIK UNUK SPM NANTI . BUAT AZAM YANG TERBARU UNTUK LEBIH BERJAYA DUNIA AKHIRAT . ' Dapat je mesej tu lagi menangis . Then , pikir pikir buat ape aku nak nangis . Sedangkan ibu pon lagi bagi semangat dekat aku , ye dok ?

 Heee . Thank you so much ibu . Ibu banyak beri semangat dekat ina . Sayang ibu  Tak lupa jugak kepada MASTURA MANSOR , NOOR HAZIRAH , NURUL NADZATUL , NURUL SYAFIEKAH  , NURUL AMIEERA , NADIA NABILA , HANANI JUAHIR and semua la . Anda semua sentiasa bagi semangat dekat saya . Thanks a lot :) And tahniah kepada batch 96 yang mendapat straight A :)

17 December 2011

NUR AQILAH ♥ :'(





Who is ? Okay , die bestfriend aku ever ever and ever . Besok die nak bertolak pi SARAWAK dahhh :'( Flight die bertolak pukul 8.00 pagi . Seriously , sedih giler giler . Mau tak nye tige tahun weyh . Tige tahun , aku kawan dengan die . Pahit manis kitorang bersama . Even , sekejap pon dapat kenal dengan die aku happy sangat sangat . Sumpah , tak tipu . Gaduh tu perkara biasa la . Semua pernah bergaduh kan ? Aku pon pernah gaduh dengan die . Tapi sekejap je . Aku tau aku tak boleh pisah dengan die lama lama . Sebab die selalu happy kan aku dengan die punye perangai yang giler giler tu . Ya Allah , lime tahun die stay dekat SARAWAK . Lime tahun weyh ! Aku kenal dengan die pon tak sampai lime tahun . Semua kenangan dengan die selama tige tahun nie aku akan simpan dalam hati aku . Tak kan sekali pun aku lupa kan . Tak kan pernah ! First kenal dengan die , memang aku ingat die sombong . But , bile aku da rapat dengan die . Jadi bestfriend lagi tu . Aku rasa bertuah sangat dapat kenal dengan die . Qila qila kau ingat tak janji janji team ' MINQIERA NAFIESA ' ? Kita janji akan kawan hingga ke akhir hayat even berpisah jauh mana pon and kita nak satu kolej sama sama . Pergi mana mana mesti sama sama . Ya Allah qila , aku ingat semua tu qila . Then , kau mesti tak lupe kan time aku , kau dengan farah gelak gelak dekat depan kelas . Time tu waktu ustazah asyikin . Form 2 . Best sangat time tu qila . Sampai hari nie aku tak lupe . Lagi , kau ingat tak time kite berdua je datang . * I mean member kita kau dengan aku je . Farah dengan fienaz tak datang . Kau buli aku kan qila . Hee . Sweet sangat time tu . Then , boboy dengan atan main sepak sepak kasut kau . Kesian kau qila . Aku pulak kene buli dengan kau . Good joob , girl :( Ya Allah , qila aku rindu semua tu . This year walaupun kelas kite da lain , kau tetap rehat sama sama dengan kitorang . Okay , time form 2 semua budak perempuan akan rehat sama sama dekat dataran warisan . Tak de yang rehat sendiri sendiri kan ? Kau ingat tak ? Da macam family kite nie qila . Lagi , time raya . Ingat tak ? Maybe tu first and last aku merempit dengan kau . Sumpah , aku rindu semua tu qila :( And last day aku keluar dengan kau . Hari khamis bersamaan 15 DISEMBER . Tu la kali terakhir qila aku keluar dengan kau . Tipu aku cakap aku tak sedih time salam dengan kau peluk kau . Aku sedih qila :( Lagi lagi tengok kau da nangis time tu . Ya Allah qila , TUHAN je yang tau betapa sedih nye aku dapat pelukan kau buat kali terakhir . Tapi aku tahan sebab aku tak nak nangis depan kau :'( QILA , AKU HARAP KAU HAPPY DUDUK DEKAT SANA . AND LEPAS LIMA TAHUN KAU DEKAT SANA AKU HARAP AKU DAPAT JUMPE KAU LAGI . KITA LEPAK SAMA SAMA LAGI OKAY ? I GONNA MISS YOU AMOI ♥ :'(

15 December 2011

TODAY IS WONDERFUL ♥


Assalamualaikum .  Sehat tak sehat tak ! * Kasar sudah . Macam macam berlaku hari nie . Semua nya terjadi dalam satu hari je . Gembira sedih semua ada . Tu la orang tua tua cakap jangan terlalu happy kang sedih jadi nya . And now baru nak happy , da sedih balik . 

- Dalam pukul 10 lebih macam tu aku gerak rumah mieera . Then , nampak kimi . Comel je die . Sepupu mieera . Then , mak cik dia hantar kan kitorang pergi OTK . Naik bas dalam pukul 11 . 

- Sampai sampai teros pergi WAYANG . Nampak MOJA pulak tu . Ambik masa 10 minit jugak pikir nak tengok cerita ape . Banyak sangat cerita best . BREAKING DAWN , OMBAK RINDU , ALVIN AND THE CHIPMUCKS . Then , kitorang pilih OMBAK RINDU . Semua kata cerita tu sedih . Try la tengok . Not bad la cerita tu .

- Then , keluar WAYANG tunggu QILA , FIENAZ , BUNGA dekat IOI baru . Jumpa pulak dengan FAZIRA , FATIN . Then , borak dengan dorang kejap . Nampak la si tige ekor berok tu . Then , teros peluk QILA . Ya Allah , sedih sangat sangat :(


- Then dorang hantar kan aku , mieera dengan bunga dekat FOOD COURT . Lepas hantar kitorang dorang balik . Serious , nak nangis time peluk QILA . Last okay ? Lepas nie da tak de da pelukan dari die . Then beli la sizzling my favourite food . Maybe favourite food mieera jugak kot . Die pon beli . Main suap suap bagai . Sangat manja kitorang nie . Da nama pon BFF kan ? Jangan jeles !



- Lepas makan , pergi TUTTI FRUTTI pulak . Nampak adik DIE . Ya Allah , sumpah malu . Okay , tu tak yah cerita . Then , mieera jerit jerit akim stacy akim stacy . Okay nie lawak . Aku dengan bunga punya la blur ' mana akim mana akim ' . Haha . Then , snap la gambar dengan artis due orang tu . Kenangan ~



- Lepas makan TUTTI FRUTTI , teman mieera pergi cari eyeliner . Jumpe tapi mahal . Al maklum la tak cukup badget . Then , jumpa blusher and eyeshadow . Tak tau kenapa dengan mieera tu . Die teros make up aku . Ya Allah , ape kene la dengan budak nie . Aku pon buat don't know je la .



-  Then , balik la . Balik balik je teros IM NADIA . Die taching giler dengan kitorang . Serious , takut sangat kehilangan die . Baru je kenal , tak sampai setahun pon . Harap tak de ape ape berlaku antara kitorang . Baby , I'M SO SORRY :( Next time kite outing sama sama okay ?

HOLIDAY AT TAIPING


Hoi hoi ! ASSALAMUALAIKUM :) Hik hok . Hari nie nak cerita the best holiday with my big family . Walaupun di TAIPING je . First time tau jejak kan kaki dekat sana . * Okay batak ! 

Bertolak pergi sana dalam pukul 4 macam tu , hari sabtu . Sampai sampai teros masuk homestay then , makan jap lepas tu tidor . Sangat penat . Perjalanan mengambil masa dalam 4 jam jugak la . Dalam kereta tu ayah dok cerita je pasal sejarah PERAK . Da lama tak borak borak dengan ayah macam tu . Sampai aku nak tidor pon ayah tak kasi . Sebab ayah nak aku tengok semua bandar sejarah dekat PERAK tu . Thank you so much ayah atas information ayah . Sikit sikit da tau la jugak sejarah PERAK tu . Daripada tak tau langsung , ye dok ? Hehe . 

Hari ahad pagi tu pergi mandi air terjun . Semua bangon awal semangat nak pergi mandi air terjun . Da lama kot tak mandi air terjun . Lepas mandi balik salin baju then pergi muzium PERAK pulak . Dekat depan muzium tu ade ular . Kakak aku la disebab kan takut ular sampai sanggup tak masuk . Rela dia masuk ikut pintu belakang . Hahaha . Penakut punye budak . Then , pergi makan MEE UDANG dekat restoran mak jah ke mak nyah . Haha . Ape ntah . Memang tak ingat la kan . Ya Allah , mee udang die sedap giler babing . Satu mangkuk tu dekat 9 udang . Besor besor pulak tu . Memang kenyang . Puas giler . Malam tu pulak pergi zoo TAIPING . Sana sini orang cakap pergi malam best . Bile da masuk zoo tu okay excited . Then , tunggu kereta api die punya la berjam jam . Then , bila dia bawak masuk . Memang nampak la haiwan haiwan tu kan -.- Perh , sakit hati je . Okay , balik tu makan ayam panggang then teros tidor . Hik hok .

The last day at homestay taman desa jaya . Sangat sangat sedih . Best giler duduk dekat rumah tu . Orang sekeliling rumah semua sporting habis . Konon nak pergi air terjun lagi . Tapi terpaksa dibatalkan sebab takut malam sampai rumah . Selasa semua da start keje kan , takut penat pulak balik malam . Then , tukar plan pergi Kuala Kangsar . Pergi galeri SULTAN AZLAN SHAH . Perh , banyak giler sejarah pasal die . Serba sedikit tau la jugak . Then , pergi makan laksa and cendol dekat mana ntah . Dekat situ la beli cenderamta bagai . Makan durian and rambutan sekali . Then , teros balik . Enjoy giler holiday kali nie . Dalam perjalanan nak balik tu plan nak pergi LANGKAWI pulak tahun depan . Amboi , rumah pon belom sampai lagi . Da plan yok . Nie tengok gambar gambar kitorang .


Nie dekat galeri SULTAN AZLAN SHAH , KUALA KANGSAR .


Nie dekat muzium PERAK .


Okay nie tiket nak masuk zoo TAIPING .


Nie pulak mandi air terjun dekat sungai JANA . Pelik bukan ?

7 December 2011

MENGURUS DIRI :)


Hai , blogger ! :) Hik hok , hari nie nak share sikit pasal pengurusan diri . Mesti korang tertanya tanya kan apasal la aku tulis pasal mengurus diri . Kan kan ? Actually , aku konfius sama ada nak pindah sekolah ke tak . Kalau dapat sekolah vokasional tu . Aku nak sangat pi sana . Aku nak lupa kan semua masalah yang ada dekat sini and aku harap bila aku sekolah sana aku da boleh lupe kan DIA . Tapi SMK USJ 23 , banyak sangat kenangan dalam hidup aku .Tige tahun weyh aku sekolah sana . Ingat semudah 123 je ke aku nak lupe kan korang . Ya Allah , berilah kekuatan kepada hambamu yang lemah ini supaya fikiran dia tak tertanggu dengan masalah yang sedang dia lalui . AMIN ! * Ha baca bawah nie .

Nak tengok orang yang betul betul orang , tengoklah macam mana dia urus diri . Kalau dia dapat urus dengan baik , bermula dari pagi hingga malam tanpa terbarai masa , tanpa kocoh kocoh dan tanpa kelam kabut , tandanya dia betul betul orang . Yang dinamakan orang tu adalah mereka yang tenang , pintar dan bahagia .

Mana mungkin orang yang kocoh kocoh tu tenang . Mana mungkin orang yang kelam kabut tu pintar . Kelam kabut selalu sebabkan kebodohan berlaku . " Mak , mana pensel adik ? Mana pensel adik mak ? Adik nak cepat ni , mana mak ?! " Terkocoh kocoh gitu , padahal pensel dalam tangan . Amacam tu ? Mana ada pintar .

Dan selalunya , orang yang tak dapat urus diri dengan baik , payah nak bahagia . Macam mana nak bahagia , orang lain semua menangis jadi susah oleh kekecohan dia . Kalau orang lain semua tak bahagia , jawab nya dia pun tak akan bahagia sama . Sebab , dia dah tentu kena belasah . Ya tak ?

Jadi , uruslah dengan baik . Orang yang boleh urus hidup dengan baik bakal jadi pemimpin . Kalau anda nak jadi bos satu hari nanti , urus diri dengan baik mulai sekarang . Jangan main selamba dan sembarangan . Pakai baju pun tak kemas butang sebab kelam kabut , nak jadi pemimpin macam mana ?

Amalkan minum air kosong banyak banyak setiap hari . Paling tidak , lapan gelas macam yang di sarankan oleh pakar pakar kesihatan tu . Orang yang minum air biasa banyak banyak biasanya tenang . Orang yang tenang , memang dia orang dan dia boleh dicontohi . Orang yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan masalah orang , baru boleh jadi bos atau jadi pemimpin . Okey , gitu ya ?


6 December 2011

NADMIA MIEERASAB ♥



SELASA - 6 DISEMBER 2011 

Awww , thank you so much BABY . Sudi luang kan masa bersama . Sehari suntuk . Best sangat sangat . Nadia Nabila , Nurul Amieera and Ammelia Yasmin . Rindu nak tengok hang pa bertiga gelak HIKHIKHIK lagi . Okay , first time kot . Holiday dengan korang !


Best ye naik motor dengan saya ? Hik hok . Rempit kay rempit . Dengan BINI GANGSTER . Phewwiitttt ! Haha . Kalau nak naik motor dengan saya lagi datang la Kampung Sri Aman . Kang saya bawak awak rempit satu kampung lagi yok . Huhu . Takut tak takut tak naik motor dengan orang pro macam saya ? Macam nak nangis saya tengok awak naik motor dengan saya . HAHAHAHA :D * Belakang tu belakang tu . Budak da freedom . Baru pertama kali naik motor so die , excited sikit . HAHAHAHA :D


Ewahhh Ewahhh , sweet tak kitorang ? Hik hok . Rindu sama ini BINI GANGSTER ♥ Hope die dapat result terbaik dalam SPM . Gudluck , babeyh ! Adik sentiasa doa kan yang terbaik untuk akak . One more , please jangan pergi SABAH tu . Nanti kite nak meet lagi susah . Akak da jauh . Kang rindu nak dengar akak nyanyi ENJIT ENJIT SEMUT dekat adik . Rindu nak skype pagi pagi buta dengan akak . Dengan tak mandi sampai terkentot kentot , terbersin bersin . Rindu nak dengar akak gelak HIKHIKHIK macam alien . Sweet gitu . Awwww , rindu nye semua tu :* ( Menangis teresak esak )


I MISS LAUGHING WITH YOU ♥  Aww , baby baby . You , so cute ! Jealously . Thanks sebab sudi ajak saya lepak dekat rumah awak bersama gadis gadis ayu gitu . And , rambutan . Mak saya yang habis kan . Actually , mak saya memang minat giler rambutan . So , die bantai habis semua . Saya ? Sempat makan satu je :( Hik hok . Sedap !

3 December 2011

AJAIBNYA PERASAAN :)


HELLO HELLO , anda sedang berada di dalam blog yang tak serupa bikin sekarang . HOI , sehat tak ? sorry , terpaksa berkasar . hik hok . acah je sebenar nye . marah marah pulak . cium kang ! hee , tak nak cerita panjang baca je dekat bawah tu . ada paham ?

Pernah tak rasa satu hari tu macam tak boleh lupa dia ? pejam mata pun namapak dia . celik mata pun nampak dia .

kalau pernah , ini nama nya perasaan . memang ajaib . alangkah ajaib nya perasaan sebab dia akan datang pada semua orang . setiap orang akan alami keadaan macam ni . paling tidak , sekali dalam hayat dia . pada yang normal la . pada yang tak normal , berkali kali . ha , ini bukan ajaib nya perasaan , tapi perasan habis !

kalau hal macam ni berlaku pada anda , ketahuilah itulah mukadimah cinta . cinta ni lahir daripada perasaan . sebagaimana ajaib nya perasaan , cinta lebih ajaib lagi . perasaan dan perasan adalah permulaan cinta . kalau dah sampai tak lalu makan , tak boleh tidur dan nampak lemah je , tu nama nya cinta bukan perasaan lagi . ini dah mula bahaya pada keseluruhan badan . sebab kalau perasaan yang gitu dilayan terus , akibat nya badan jadi lemah , longlai , tak daya , hilang kekuatan diri dan hilang motivasi diri .

jadilah macam Hang Tuah . dia bukan nya tak cinta kan Tun Teja . tapi sebab amanah sultan , dia lepas kan juga Tun Teja untuk sultan . padahal dia cinta kan Tun Teja . maksud nya , kita jujur melayan perasaan dalam menikmati cinta . cinta jangan dilayan melampau lampau sebab nanti kalut jadi nya . ada perasaan sikit , layan seadanya . sebab dalam usia remaja , cinta tak membawa ke mana nya . setakat rasa itu biasa , tapi jangan rasa jadi binasa .

sebelum nak cintai seseorang , letak kan lima elemen di atas nya dulu . pertama nya ialah cinta sepenuh nya pada TUHAN , kemudian cinta NABI , cintai IBU AYAH , cintai GURU dan terakhir cintai DIRI SENDIRI . sebahagian daripada cinta diri sendiri ini beri kan pada insan berkenaan . barulah perasaan tu dipanggil betul tak songsang .